KUALA LUMPUR: airasia ride merancang untuk mengembangkan perkhidmatan e-panggilan ke Thailand bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serantau airasia ride Lim Chiew Shan.
Beliau berkata syarikat itu akan bermula dengan Bangkok, sebelum mengembangkan liputannya ke bandar lain di negara itu.
"Kami bermula dengan 5,000 teksi, selepas beberapa bulan, kami akan mendapatkan pemandu persendirian," katanya kepada media selepas pelancaran ciri Pemandu Komuniti di sini semalam.
airasia ride ialah perkhidmatan e-panggilan oleh airasia Super App di bawah Capital A Bhd.
Dilancarkan pada Ogos 2021, ia mempunyai lebih daripada 30,000 pemandu setakat ini, dan menyelesaikan 700,000 pemanduan di seluruh negara.
Sementara itu, mengulas ciri Pemandu Komuniti pada platform airasia Super App, CEO airasia Super App Amanda Woo berkata perkhidmatan itu memenuhi keperluan penumpang yang berbeza, bermula dengan menawarkan penumpang wanita pilihan untuk dipandu oleh pemandu wanita.
"Kami sentiasa berinovasi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman yang diperibadikan untuk pengguna airasia Super App, dan kami yakin ciri Pemandu Komuniti, bermula dengan ciri LadiesONLY akan menarik minat pengguna airasia ride sedia ada dan menarik lebih ramai pengguna baharu," katanya.
Woo berkata airasia ride akan menaja pemandu wanita kali pertama yang ingin menyertai perkhidmatan e-panggilan tanpa pengalaman e-panggilan atau lesen e-panggilan, dengan menawarkan faedah seperti pengecualian yuran untuk kursus dan peperiksaan pemanduan kenderaan perkhidmatan awam serta pemeriksaan perubatan percuma.
Selain itu, para pemandu akan menerima 85 peratus daripada tambang bersih -- lebih tinggi daripada perkhidmatan e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya pilihan pekerjaan sambilan dan peluang menjana pendapatan sampingan yang berdaya maju.
Pada masa ini, airasia ride mempunyai 500 pemandu wanita dan menyasarkan untuk mempunyai 5,000 pemandu wanita tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Perkhidmatan airasia Super App memenuhi keperluan penumpang yang berbeza, bermula dengan menawarkan penumpang wanita pilihan untuk dipandu oleh pemandu wanita. - Foto DagangNews

Dialog Pocket Rakyat : Hutang lama, hutang baru
Pindaan Akta Insolvensi 1967 peluang kedua warga muflis? Sejauhmanakah pelepasan bankrap memupuk kesedaran literasi kewangan dan perundangan? Mampukah individu menahan nafsu daripada terjerat hutang baru? Diskusi 8:30 malam.

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

airasia ride rancang masuki pasaran Singapura menjelang Jun 2023
Capital A Bhd merancang melancarkan perkhidmatan e-hailingnya, airasia ride, di Singapura pada Jun tahun ini.

airasia ride cadang perluas perkhidmatan ke Thailand pada 2022
Syarikat itu akan bermula dengan Bangkok, sebelum mengembangkan liputannya ke bandar lain di negara itu.

AirAsia Ride tawar e-hailing udara, perjalanan KLIA-KL Sentral hanya 11 minit
Perkhidmatan itu ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang.

Nazir Razak bawa teksi airasia ride, 4 jam dapat RM67
Nazir memulakan misinya untuk memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempah masa 4 jam bertugas sebagai pemandu airasia ride.