Skip to main content

Politik

PRU16: Ahmad Zahid mahu MIC menang sekurang-kurangnya lima kerusi Parlimen

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi hadir pada perasmian Perhimpunan Agung Kongres India Malaysia (MIC) ke-80 di Austin International Convention Centre (AICC) hari ini.  Hadir sama dan Presiden MIC Tan Sri SA.Vigneswaran (tiga kiri), Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua, kiri), Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua, kanan) dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan ( kanan).  --fotoBERNAMA

Advertisement

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu MIC memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata kerjasama jentera parti komponen BN yang membantu MIC, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka, perlu diteruskan bagi membolehkan parti itu meraih lebih banyak kerusi Parlimen.

“Saya mengharapkan sebagaimana dulu MIC pernah ada lima kerusi, dalam PRU ke-16 saya mengharapkan sekurang-kurangnya lima kerusi mesti dimenangi oleh MIC,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-80, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada MIC sebelum ini, belum memenuhi hasrat parti itu, namun beliau menghargai kesungguhan yang ditunjukkan jentera MIC untuk memenangi setiap kerusi yang ditandingi.

Advertisement

Pada PRU15, MIC meletakkan calon di 10 kerusi Parlimen dan hanya menang di Tapah, Perak dengan Timbalan presidennya Datuk Seri M Saravanan, mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 5,064 undi.

Dalam ucapan sama, Ahmad Zahid meminta Vigneswaran supaya berbaik-baik dengan Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor, sekali gus memberi bayangan Presiden MIC itu akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Tan Sri Vicky, baik-baiklah dengan Menteri Besar Johor. Saya tahu kawasan itu selamat dan kalau kawasan itu selamat, Tan Sri Vicky akan juga selamat,” katanya.

Pada sidang media, Ahmad Zahid yang ditanya sama ada Vigneswaran akan bertanding di kerusi Parlimen Segamat pada PRU16, hanya menjawab “apabila tiba masanya saya akan tandatangan watikah”.

– BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement