awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia terima pinjaman RM1 bilion

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
04:47 MYT
AirAsia terima pinjaman RM1 bilion
Nikkei Asia turut memetik sumber bahawa AirAsia akan melakukan pusingan terbaharu pembuangan pekerja bulan hadapan melibatkan sejumlah 400 tenaga kerja.- Gambar fail
KUALA LUMPUR:Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group berjaya mendapatkan kemudahan pinjaman RM1 bilion bagi membantu syarikat itu berdepan kesan COVID-19.
Bantuan pinjaman itu diterima di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin (DPGS) bernilai RM50 bilion, menurut laporan Nikkei Asia.
Menurut laporan yang memetik sumber Kementerian Kewangan dan AirAsia itu, 80 peratus pinjaman itu dijamin Kementerian Kewangan.
Sumber juga memberitahu Nikkei Asia pinjaman tersebut akan mula diserahkan bermula bulan hadapan.
Danajamin Nasional Bhd menyediakan DPGS sebagai sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi Prihartin yang diperkenalkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemudahan pinjaman itu disediakan di semua institusi kewangan sehingga 31 Disember 2020 atau sehingga dana itu digunakan sepenuhnya.
Sementara itu Nikkei Asia turut memetik sumber bahawa AirAsia akan melakukan pusingan terbaharu pembuangan pekerja bulan hadapan melibatkan sejumlah 400 tenaga kerja.
Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini dipetik sebagai berkata, syarikat itu akan membuang 10 peratus tenaga kerja daripada 24 ribu tenaga kerja.
BACA: AirAsia sah berhentikan 10 peratus kakitangan - Tony Fernandes
BACA: AirAsia X akan distruktur semula
Topic Berkaitan
#AirAsia
#syarikat penerbangan
#tambang rendah
#Skim Jaminan Prihatin Danajamin
#pinjaman
#DPGS
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan