awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo

Bernama
Bernama
04/03/2025
09:41 MYT
AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
Lee Kim Shin berkata syarikat penerbangan itu secara rasmi akan menggunakan namanya setelah proses peralihan selesai sepenuhnya.
LUNDU (Sarawak): AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata syarikat penerbangan itu secara rasmi akan menggunakan namanya setelah proses peralihan selesai sepenuhnya.
"Peralihan MASwings ke AirBorneo dijangka mengambil masa dan pengumuman rasmi akan dibuat setelah segala-galanya dimuktamadkan sepenuhnya.
"Tidak lama lagi, kami akan mengadakan pertemuan dengan Malaysian Aviation Group dan pengurusan MASwings untuk membincangkan langkah-langkah selanjutnya dalam pembangunan syarikat penerbangan ini," katanya semasa sidang media selepas melawat Akademi Aeroangkasa di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu di sini, hari ini.
Lee berkata ruang penyelenggaraan untuk MASwings masih terletak di Kota Kinabalu, dengan perbincangan masih berlangsung berhubung pelan mereka.
Sementara itu, beliau berkata pertandingan mencipta logo yang akan dilancarkan tidak lama lagi, memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada identiti syarikat penerbangan negeri itu.
"Unit Komunikasi Awam Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertandingan ini dan mempelawa orang ramai untuk menyumbang idea bagi logo itu," kata Lim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirBorneo
#logo
#Sarawak
#pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan