BAYAN LEPAS: Asean Investment & Trade Forum 2023 (AITF 2023) menjadi platform penting dalam memacu pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang.
Selain itu, AITF 2023 turut bertujuan melatih usahawan mikro tempatan berkenaan strategi menembusi pasaran perniagaan di peringkat antarabangsa.
Menurut Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh, kedudukan negeri Pulau Mutiara itu yang strategik menjadi pemangkin kepada pelaburan berterusan dari luar dan dalam negara.
“Lokasi strategik Pulau Pinang merupakan aset utama. Terletak di persimpangan laluan perdagangan utama di Asia Tenggara.
“Pulau Pinang yang berdekatan dengan pasaran penting Asia dan infrastrukturnya yang teguh menjadikannya hab yang ideal untuk perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi,” ujarnya ketika berucap merasmikan AITF 2023, di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi, forum AITF 2023 menjadi bukti terhadap komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kemampanan ekonomi Pulau Pinang terjamin sekali gus membuka banyak peluang ekonomi kepada rakyat di negeri itu.
“Forum pelaburan dan perdagangan ini adalah bukti komitmen Pulau Pinang untuk menerima perubahan, mengalu-alukan inovasi dan membina masa depan yang lebih cerah dan makmur untuk negeri ini,” katanya.
AITF 2023 anjuran Yeoh Mazlina & Partners (YMP) dengan kerjasama SME Malaysia dan MATRADE dianjurkan bersempena Persidangan Tahunan Perikatan Undang-Undang ASEAN ke-9 di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.
Fahmi Izuddin
Tue Oct 24 2023
Asean Investment & Trade Forum 2023 (AITF 2023) menjadi platform penting dalam memacu pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
AITF 2023: Literasi kelestarian dalam sektor PMKS wajar dipertingkat
Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan literasi terhadap kelestarian perniagaan mereka untuk terus bersaing secara kompetitif di pasaran antarabangsa.
AITF 2023: Ekosistem perdagangan, pelaburan kondusif pemangkin pertumbuhan sektor kesihatan
Perkhidmatan kesihatan merupakan pasaran terbesar di ASEAN dan perlu dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
AITF 2023: Platform keterhubungan usahawan mikro, perkasa pembangunan PMKS
AITF 2023 menjadi medium tepat untuk usahawan mikro mendapatkan pendedahan berkenaan pasaran perniagaan global, di samping membantu mereka mendepani cabaran asas dalam perniagaan.
AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang
AITF 2023 turut bertujuan melatih usahawan mikro tempatan berkenaan strategi menembusi pasaran perniagaan di peringkat antarabangsa.