awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alibaba Cloud permudah FSI Malaysia guna penyelesaian awan

Bernama
Bernama
09/12/2022
04:46 MYT
Alibaba Cloud permudah FSI Malaysia guna penyelesaian awan
Alibaba Cloud Intelligence bersedia membantu mempermudah serta memenuhi keperluan institusi perkhidmatan kewangan (FSI) Malaysia untuk menerimaguna khidmat penyelesaian berasaskan pengkomputeran awan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud Intelligence bersedia membantu mempermudah serta memenuhi keperluan institusi perkhidmatan kewangan (FSI) Malaysia untuk menerimaguna khidmat penyelesaian berasaskan pengkomputeran awan.
Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia Kun Huang berkata biarpun pendigitalan FSI tempatan terbukti berjalan rancak, realiti penggunaan awan adalah sebaliknya berikutan landskap kawal selia dan keselamatan yang kompleks.
"Oleh kerana pasaran tempatan bergerak ke arah pendigitalan, adalah penting bagi Alibaba Cloud untuk meneruskan momentum tersebut dengan menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan mereka yang semakin berkembang," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Kun berkata, syarikat itu telah melancarkan pelbagai perkhidmatan penyelesaian kewangan dengan lebih 70 produk yang direka khusus bagi membantu FSI dalam aspek perbankan, insurans, sekuriti selain membolehkan teknologi kewangan (Fintech) mendigitalkan operasi masing-masing.
"Penyelesaian ini direka khusus bagi menyokong setiap peringkat berkaitan perjalanan digital FSI selain menyediakan akses mudah kepada teknologi awan yang maju.
"Malah, secara bersama, ini membabitkan penyampaian lima keupayaan teras dan meliputi 20 senario perniagaan bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi FSI, pengalaman pelanggan, sekuriti dan pematuhan," katanya.
Penyelesaian perkhidmatan kewangan Alibaba Cloud menawarkan aspek yang meliputi infrastruktur awan yang mantap serta anjal; keselamatan dan pematuhan; ketangkasan dalam pembangunan aplikasi perniagaan; digital dan servis selain penjanaan serta analisis mengenai pandangan pelanggan.
Kun juga menyifatkan Malaysia sebagai pasaran penting untuk Alibaba Cloud yang sejajar dengan potensi besarnya dalam penggunaan penyelesaian pengkomputeran awan selain terbukti dapat seiringan dengan kepentingan masa depan pengkomputeran.
"Menerusi langkah memanfaatkan keupayaan awan kami yang meluas serta pengetahuan industri yang mantap, dapat membangunkan serta menyampaikan penyelesaian serba komprehensif bagi melonjakkan pertumbuhan serta inovasi perniagaan dalam sektor kewangan.
"Adalah diharapkan dengan mengembangkan lagi tawaran produk kami untuk FSI, kami dapat menyaksikan lebih banyak peluang pertumbuhan masa dapan menerusi pengenalan serta penggunaan teknologi baharu dalam perkhidmatan kewangan.
"Ini juga dapat menyediakan pengguna dengan manfaat seperti pertumbuhan perniagaan, kos lebih rendah serta aspek keselamatan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Alibaba Cloud
#Kun Huang
#pengurusan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan