awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AME raih kontrak pembinaan RM359 juta dari Ye Chiu di Johor

Dagang News
Dagang News
23/10/2021
23:31 MYT
AME raih kontrak pembinaan RM359 juta dari Ye Chiu di Johor
Kontrak terbaharu ini membuktikan keupayaan AME untuk melaksanakan pembinaan bagi industri berat dan menyokong perluasan syarikat multinasional di Malaysia. - Foto DagangNews.com
JOHOR BAHRU: Penyedia rumusan ruang industry bersepadu, AME Elite Consortium Berhad meraih kontrak bernilai RM359 juta daripada Ye Chiu Non-Ferrous Metal (M) Sdn Bhd (Ye Chiu) bagi membina kemudahan kilang, gudang dan pejabat di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang.
Mengikut kontrak tersebut, AME Construction Sdn Bhd akan membina empat blok fasiliti pengeluaran bersama gudang logistik, serta bangunan pejabat dan tambahan dengan jumlah keseluruhan kawasan binaan seluas 2.55 juta kaki per segi.
Blok baharu bangunan tersebut akan menyokong fasiliti pengeluaran sedia ada Ye Chiu di Tanjung Langsat.
Tempoh projek pembinaan ini dijangka selama 18 bulan, bermula 3 November ini dan siap 2 Mei 2023.
Sejarah Ye Chiu di Malaysia bermula pada 1984, mengeluar dan berdagang produk aloi aluminium dan aluminium sekerap.
Ye Chiu adalah subsidiari di Malaysia dimiliki sepenuhnya secara tidak langsung oleh Ye Chiu Metal Recycling (China) Ltd, yang tersenarai di Bursa Saham Shanghai serta memiliki pejabat di China, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Dalam kenyataannya AME berkata, kontrak terbaharu ini membuktikan keupayaan AME untuk melaksanakan pembinaan bagi industri berat dan menyokong perluasan syarikat multinasional di Malaysia.
‘’AME menyambung semula operasi di semua tapak pembinaan pada bulan ini, susulan pengumuman kerajaan menarik balik larangan aktiviti di semua industri setelah semua tenaga kerja sudah divaksinasi sepenuhnya,’’ kata syarikat itu.
Antara projek yang telah disiapkan oleh AME ialah i-Park @ SiLC, i-Park@Indahpura (Fasa 1 dan 2) dan Daerah 6 di Johor.
‘’Kumpulan AME kini terlibat di dalam pembinaan i-Park@Senai Airport City juga di Johor,’’ katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#AME
#Pasir Gudang
#Ye Chiu
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan