awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bekas menteri kewangan disaman kes hutang saham LionGold

Bloomberg
Bloomberg
04/06/2015
09:19 MYT
Anak bekas menteri kewangan disaman kes hutang saham LionGold
Datuk Wira Dani Abdul Daim berhutang dengan Maybank Kim Eng Securities Pte sejumlah S$2.6 juta (RM7.13 juta) bagi saham LionGold yang dibeli dalam akaun pinjaman. - Gambar Fail
Timbalan Pengerusi Eksekutif LionGold Corp., salah satu daripada tiga syarikat yang kini disiasat di Singapura selepas pegangan saham mereka jatuh menjunam pada Oktober 2013, disaman dan diperintahkan untuk memmbayar semula wang yang dipinjamnya untuk membeli saham.
Berdasarkan pertuduhan yang difailkan pada April lalu di Mahkamah Tinggi Singapura, Datuk Wira Dani Abdul Daim berhutang dengan Maybank Kim Eng Securities Pte sejumlah S$2.6 juta (RM7.13 juta) bagi saham LionGold yang dibeli dalam akaun pinjaman.
Syarikat broker itu telah menerima kelulusan mahkamah bulan lalu untuk menyerahkan surat saman tersebut kepada anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin itu.
Saham LionGold, Blumont Group Ltd. dan Asiasons Capital Ltd. Telah merudum teruk pada Oktober 2013, dengan sejumlah S$6.9 bilion (RM18.96 bilion) lupus dari nilai pasaran mereka dalam tempoh tiga hari.
Keadaan tersebut telah membuatkan pihak berkuasa Singapura menjalankan siasatan ke atas aktiviti luar biasa dalam dagangan saham dan tindakan undang-undang oleh bank serta broker yang mahu menydapatkan semula sekurang-kurangnya S$230 juta (RM632 juta).
Ketiga-tiga syarikat berkenaan bagaimanapun menyatakan bahawa mereka tidak menyedari faktor yang menyebabkan kejatuhan pantas nilai saham tersebut.
Topic Berkaitan
#Datuk Wira Dani Abdul Daim
#LionGold
#mahkamah
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan