awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan bekerjasama rapat dengan ASEAN-BAC pacu kemajuan serantau

Bernama
Bernama
23/09/2025
11:30 MYT
ASEAN akan bekerjasama rapat dengan ASEAN-BAC pacu kemajuan serantau
Tengku Zafrul berkata, ASEAN-BAC juga telah lama menjadi rakan yang dipercayai dalam memastikan usaha integrasi kekal praktikal, berdaya saing dan mesra perniagaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara Anggota ASEAN (AMS) berharap untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) bagi memastikan dasar kekal relevan, memudahkan dan sejajar dengan realiti perniagaan bagi kemajuan rantau ini.

Ringkasan AI
  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ASEAN akan bekerjasama rapat dengan ASEAN-BAC bagi memastikan dasar mesra perniagaan dan relevan dengan realiti semasa.
  • Beliau menegaskan fokus 2025 adalah keterangkuman, kemampanan, integrasi digital, dan pengukuhan pasaran modal untuk menarik pelaburan serta mencipta pekerjaan berkualiti.
  • Pada 2024, ASEAN catat KDNK US\$3.9 trilion dengan pertumbuhan 4.8% dan FDI US\$226 bilion, menjadikannya hab penting perdagangan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata di bawah tema kepengerusian Malaysia iaitu keterangkuman dan kemampanan, negara berhasrat untuk mengubah momentum menjadi hasil yang nyata dan membolehkan perniagaan melabur, berkembang dan mencipta pekerjaan berkualiti.
"Bersama-sama, kita (di ASEAN) perlu memacu kemampanan, memperdalam perkhidmatan dan integrasi digital, dan mengukuhkan pasaran modal.
"Sebagai Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AEM) 2025 , saya ingin menekankan tentang penyeliaan sektor swasta dalam memperkukuh daya tahan ekonomi ASEAN," katanya dalam ucapan perasmian Perundingan AEM-ASEAN BAC ke-23, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, ASEAN-BAC juga telah lama menjadi rakan yang dipercayai dalam memastikan usaha integrasi kekal praktikal, berdaya saing dan mesra perniagaan.
Tengku Zafrul juga berkata pada 2024, rantau ASEAN mencatatkan AS$3.9 trilion (AS$1 = RM4.20) dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK), kadar pertumbuhan 4.8 peratus dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$226 bilion, mencakupi hampir 15 peratus daripada aliran global.
Beliau berkata perdagangan barangan mencecah AS$3.84 trilion, berkembang hampir sembilan peratus, manakala perdagangan perkhidmatan berjumlah AS$1.3 trilion dengan pertumbuhan 12 peratus.
"Angka ini jelas menunjukkan peranan ASEAN sebagai hab penting dalam rantaian nilai global dan destinasi yang dipercayai untuk perdagangan dan pelaburan.
"Pencapaian ini bukan semata-mata hasil usaha kerajaan. Ia mencerminkan kerjasama kukuh awam-swasta yang diperjuangkan secara konsisten oleh ASEAN-BAC melalui cadangan dasar, inisiatif utama dan perkongsian kukuh dengan rakan dialog kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN-BAC
#Zafrul Abdul Aziz
#Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN
#kemajuan rantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan