STRATHMORE: Sembilan individu cedera dengan dua daripadanya kritikal dalam insiden tembakan di sebuah konsert persendirian di Strathmore, California pada Sabtu.
Pejabat Syerif Daerah Tulare memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kawasan Road 256 berhampiran Avenue 200 sejurus sebelum jam 7.40 malam waktu tempatan.
Menurut pihak syerif, anggota yang tiba di lokasi mendapati beberapa individu mengalami kecederaan akibat tembakan.
Dalam kenyataan susulan, pihak berkuasa mengesahkan kesemua sembilan mangsa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Timbalan syerif berkata kejadian berlaku ketika sebuah konsert persendirian yang dihadiri lebih 100 pengunjung di sebuah kediaman luar bandar di kawasan berkenaan.
Menurut pihak berkuasa, beberapa mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans termasuk sekurang-kurangnya seorang mangsa kritikal yang diterbangkan dengan helikopter perubatan, manakala sebahagian lagi mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian.
Setakat ini, punca kejadian masih belum didedahkan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan serta mengesan suspek yang dipercayai terlibat.