ASEAN disasar menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050 berasaskan trend pertumbuhan semasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata jika dilihat sebagai sebuah ekonomi, ASEAN kini merupakan ekonomi ketujuh terbesar dunia, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar berjumlah US$2.5 trilion pada 2014 dan US$2.4 trilion pada 2013.
"Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) mengunjurkan pertumbuhan tahunan 5.6 peratus secara menyeluruh dalam tempoh empat tahun akan datang. Jika trend semasa berterusan, ASEAN diunjur menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050," katanya semasa berucap pada Malam Gala Anugerah Perniagaan ASEAN Malaysia (ABAM) 2015, di sini malam tadi.
ABAM ke-6, anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia, bertujuan memperakui juara setiap sektor dalam negara yang menyumbang secara positif kepada ekonomi ASEAN.
Perdana Menteri berkata ASEAN kini memanfaatkan rekodnya yang baik dan konsisten.
Dari segi pertumbuhan pendapatan perkapita, Najib berkata ASEAN sudah mengatasi sebahagian besar dunia sejak lewat 1970-an.
Perdana Menteri memetik laporan McKinsey yang mencatatkan bilangan isi rumah pengguna berpendapatan lebih US$7,500 setahun akan meningkat sekali ganda kepada 125 juta menjelang 2025.
"Berdasarkan penduduk melebihi 600 juta, lebih besar dari Kesatuan Eropah atau Amerika Utara, potensi pasaran kita besar.
"Justeru usaha menyepadukan 10 negara kita sebagai Komuniti Ekonomi sangat penting," katanya.
Najib berkata penyepaduan ASEAN melepasi akses perdagangan utama dan meliputi strategi dan pendekatan khusus untuk merealisasikan pasaran tunggal yang kompetitif, saksama dan terangkum.
"Fokus kita ke atas perdagangan bebas, percukaian yang adil dan telus, dan digabungkan dengan langkah-langkah mewujudkan ekonomi yang terbuka dalam negara, yang menarik pelaburan, pertumbuhan dan pekerjaan.
"Ia juga merupakan pendekatan ASEAN bahawa, bagi mencapai pembangunan lestari, kebajikan, kesejahteraan dan kehidupan rakyat perlu ditingkatkan," kata Najib.
Beliau berkata kejayaan Malaysia diperakui, dan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2014 menyenaraikan Malaysia di tempat ke-12 daripada 60 ekonomi dan aspirasi negara meningkat dalam senarai daya saing itu.
Najib berkata sudah ada tanda-tanda keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia, seperti permintaan ke atas Sukuk Global US$1.5 bilion yang diterbitkan baru-baru ini, yang terlebih langgan.
Beliau berkata awal tahun ini, majalah Fortune menyenaraikan Malaysia sebagai antara tujuh pasaran pesat membangunan baharu terbaik.
Najib berkata perakuan antarabangsa ketika dunia dalam kedudukan yang tidak menentu ini, dengan banyak negara berhadapan cabaran ekonomi, asas ekonomi Malaysia kekal kukuh.
"Ini sangat menggembirakan, kerana kita tahu bahawa langkah berani seperti pemansuhan subsidi bahan api atau pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan, bukan langkah popular tetapi perlu.
"Langkah ini untuk manfaat jangka panjang untuk semua rakyat Malaysia dan itulah yang akan terus menjadi keutamaan kerajaan saya," katanya.
Bernama
Sat Apr 25 2015
NAJIB: ASEAN disasar jadi ekonomi keempat terbesar dunia pada 2050. -Gambar fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
"Dia nak pegang ayah dia kat skrin telefon itu" - Netizen sebak lihat anak Abam tonton video arwah ayahnya
Tak boleh tahan sedih!
Terasa sebak, genap seminggu Abam 'pergi'
Rumah arwah turut dipenuhi tetamu yang melawat isteri arwah, Siti Nurhidayah Md Ali, 28 dan ibu arwah, Sabariah Arshad, 63.
Sampai hari ni saya tak percaya Abam pergi buat selamanya - Aprena Manrose
Aprena berasa terkilan kerana tidak sempat mempromosikan filem "Jodoh Syaitan" bersama Abam.
'Hanya tinggal dua' - Allahu! Perbualan WhatsApp Group buat peminat sebak
Kini tinggal perbualan berdua.
'Separuh jiwa Fad hilang' - Luluh hati isteri lihat keadaan Fad kehilangan Abam
Asyik ulang Abam dah tak ada.
'Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia' - Lagu nyanyian Abam buat 1 juta pendengar tersentuh
Dengar banyak kali pun masih menangis...
"Kalau aku mati tolong kebumikan aku," Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan
Salah seorang anggota kumpulan Bocey, Achey mendedahkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahu dia mengebumikannya apabila meninggal dunia.
'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh
Itulah kenangan terakhir paling manis Ali bersama arwah abangnya...
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 10 Februari 2020.