Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.30 sen bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2016.
Dividen itu merupakan penurunan 0.10 sen seunit daripada 6.40 sen yang diisytiharkan tahun lepas.
Bercakap pada sidang akhbar sulungnya sebagai Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.146 bilion dan memberi manfaat kepada 878,000 pemegang unit, yang ketika ini memegang 18.193 bilion unit ASW 2020.
Beliau berkata dividen 6.30 sen itu adalah baik memandangkan keadaan tidak menentu dalam pasaran tempatan tahun ini yang menjejaskan prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Sehingga 24 Ogos, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1.394 bilion. Daripada jumlah ini, keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM735.83 juta atau 52.8 peratus, keseluruhan pendapatan hasil dividen daripada syarikat penerima pelaburan menyumbang RM451.7 juta atau 32.4 peratus.
Baki RM206.84 juta atau 14.8 peratus diperoleh daripada instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.
Agihan pendapatan akan dilabur semula secara automatik dalam bentuk unit, yang akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Sept.
Semua urus niaga bagi ASW 2020 digantung bermula semalam sehingga 31 Ogos bagi memudahkan pengiraaan agihan pendapatan.
Semua pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 Sept.
Bernama
Fri Aug 26 2016
Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dividen 6.30 sen itu adalah baik memandangkan keadaan tidak menentu dalam pasaran tempatan tahun ini yang menjejaskan prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI. - Gambar fail
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelabur kini boleh wakafkan unit amanah untuk manfaat awam menerusi Wakaf ASNB
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Ahad melancarkan perkhidmatan baharu, Wakaf ASNB, bagi membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka.
Dividen ASN 2.02 sen
Pengagihan pendapatan ini memberikan hasil dividen 3.18 peratus berdasarkan jangkaan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 31 Disember 2020.
ASNB henti operasi semua cawangan hingga 31 Mac ini
Semua operasi cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) iaitu unit amanah di bawah Permodalan Nasional Bhd, akan dihentikan sementara mulai 4 petang esok sehingga 31 Mac, 2020.
PNB agih pendapatan 6.00 sen seunit untuk ASB2
Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019.
PNB umum dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit
Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB
Ibu gembira anak lahir tahun baharu, terima ADAM50
Kelahiran bayi perempuan seberat 3.4 kilogram di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira 2.30 pagi tadi disifatkan Rozilawati sebagai satu rahmat tidak ternilai untuknya.
ASW 2020: Dividen 6.30 sen seunit, turun 0.10 sen dari tahun lepas
Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.146 bilion dan memberi manfaat kepada 878,000 pemegang unit.
PNB umum agihan pendapatan 3.45 sen seunit bagi ASN2
Pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran RM44.15 juta, peningkatan 135.2 peratus daripada pembayaran RM18.77 juta tahun lepas.