awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bukti keprihatinan kerajaan

Bernama
Bernama
14/10/2023
11:16 MYT
Belanjawan 2024: Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bukti keprihatinan kerajaan
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir.
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik.
"Sebagai sebuah kerajaan Malaysia MADANI yang bersifat ihsan, peduli, berkasih sayang dan merasai keperitan rakyat, kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024.
"Sehubungan itu, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.
Berdasarkan Belanjawan 2024, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman itu yang bermula hari ini hingga 31 Mac 2024.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rami PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi careline PTPTN di 03-2193 3000, live chat, e-Aduan di http://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#PTPTN
#Norliza Abdul Rahim
#diskaun bayaran balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan