BISNES
Belanjawan 2026: Turunkan harga barang perlu jadi keutamaan - Tinjauan

46.12 peratus daripada keseluruhan 683 responden yang menyertai tinjuan dalam talian #SuaraAndaSuaraMalaysia mahukan harga barang diturunkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menurunkan harga barang menjadi aspirasi utama rakyat terhadap kerajaan menerusi Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober depan.
Pandangan itu disuarakan 46.12 peratus daripada keseluruhan 683 responden yang menyertai tinjuan dalam talian #SuaraAndaSuaraMalaysia sehingga 6 petang tadi.
Sementara itu, tinjuan oleh Astro AWANI itu juga mendapati, 23.28 peratus responden menyifatkan gaji dan peluang kerja adalah bantuan rakyat yang diperlukan segera.
Pada masa sama, 18.01 peratus responden memilih bantuan tunai sebagai keutamaan manakala 12.59 peratus responden mengharapkan rumah mampu milik sebagai bantuan rakyat yang perlu disegerakan.
Sejumlah 683 responden menyertai tinjauan bagi soalan 2 menerusi inisiatif #SuaraAndaSuaraMalaysia
Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.
Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai terbuka untuk menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.
Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami