awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 April 2025.
1. Kes Ismail Sabri: 'Siasatan baru capai 15 hingga 20 peratus' - KP SPRM
Tan Sri Azam Baki menjelaskan siasatan kes itu masih di peringkat awal kerana melibatkan proses pengesahan dokumen dan aset yang diisytiharkan.
2. Kebakaran asrama: Bantuan segera disalur Kepada SMK Tinggi Setapak - Fadhlina
Tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
3. Akta PSB: Pemilik rumah terlibat akan terima unit yang lebih baik – Nga Kor Ming
Mana-mana pemilik rumah yang terlibat dalam rancangan pembaharuan semula bandar berhak mendapat unit penggantian yang baharu, selesa dan berdaya huni, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
4. Pencerobohan tanah di Raub: SPRM sudah ada senarai individu terbabit - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
5. Jejak Al-Haramain: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah
Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia, termasuk 31 petugas, tiba di Madinah, awal pagi Selasa.
6. Tarif Trump: Tiga bidang utama jadi tumpuan rundingan Malaysia-AS - Tengku Zafrul
Pengurangan tarif, halangan bukan tarif (NTB) dan ketidakseimbangan perdagangan menjadi tiga bidang utama dalam proses rundingan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
7. Polis rampas, mohon batal permit senjata api ADUN Hulu Kinta
Polis telah merampas senjata milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad bagi membantu siasatan susulan dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang pada 13 April lepas.
8. Selatan Global perlu rebut peluang bentuk semula multilateralisme - Mohamad Hasan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peningkatan tarif perlindungan sejak kebelakangan ini bukan sahaja mengancam sistem pelbagai hala, malah menunjukkan bahawa sistem lama semakin tidak relevan.
9. Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu dalam proses digazetkan, tetapi keputusan dasar telah dibuat melalui Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.
10. Lapan negara Asia Tenggara sokong Deklarasi Putrajaya perkukuh usaha banteras rasuah
Agensi antirasuah dan pertubuhan berkaitan di seluruh Asia Tenggara hari ini menerima pakai Deklarasi Putrajaya Agensi Antirasuah Asia Tenggara, mengukuhkan komitmen bersama untuk memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik, pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan