Skip to main content

Bisnes

Binance masih belum dilesenkan SC untuk aktiviti pasaran modal Malaysia

Sumber: AMANZ
Menurut MoF, SC mengeluarkan Binance daripada Senarai Amaran Pelabur pada 2024 selepas syarikat itu didapati tidak lagi menjalankan aktiviti terkawal di Malaysia. - Foto DagangNews
Advertisement

KUALA LUMPUR: Binance masih belum dilesenkan atau didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalankan aktiviti pasaran modal di Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Menurut MoF, laman web dan aplikasi Binance juga kekal disekat daripada diakses oleh pengguna di Malaysia.

“SC akan terus memantau perkembangan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau risiko baharu kepada pelabur tempatan,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Kenyataan MoF itu bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin mengetahui sama ada SC bercadang memberikan lesen operasi kepada Binance serta sebab kelulusan diberikan selepas syarikat itu pernah dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur.

Menurut MoF, SC mengeluarkan Binance daripada Senarai Amaran Pelabur pada 2024 selepas syarikat itu didapati tidak lagi menjalankan aktiviti terkawal di Malaysia.

Kementerian itu memaklumkan SC mengamalkan dasar terbuka dalam menggalakkan penyertaan semua peserta pasaran modal, termasuk pemain inovatif, bagi menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekosistem pasaran modal Malaysia.

Sehubungan itu, SC sentiasa bersedia mengadakan libat urus dengan pemain global yang berhasrat menyertai pasaran modal Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement