awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM sudah arah institusi perbankan tentu punca gangguan perkhidmatan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2024
02:50 MYT
BNM sudah arah institusi perbankan tentu punca gangguan perkhidmatan
Hui Ying berkata institusi terlibat juga diarah menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan isu yang sama berulang - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan institusi-institusi perbankan yang terlibat untuk menentukan punca insiden gangguan perkhidmatan dalam talian yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, institusi terlibat juga diarah menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan isu yang sama berulang.
Memberitahu Dewan Rakyat, beliau berkata bank-bank berkenaan diminta berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan gangguan tersebut.
"BNM turut membuat pemantauan rapi untuk memastikan institusi perbankan yang terlibat memulihkan perkhidmatan perbankan seperti biasa secepat mungkin bergantung kepada penilaian ke atas punca utama dan impak utama gangguan yang dikemukakan.
"BNM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan di bawah akta-akta berkenaan termasuk mengenakan penyeliaan dan penalti ke atas pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah seliaan BNM.
"BNM akan terus memantau serta memastikan piawaian penuh seperti yang ditetapkan dalam dokumen dasar," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai pandangan kerajaan terhadap isu kekerapan gangguan perkhidmatan dalam talian oleh institusi perbankan dan sejauh mana kesediaan kerajaan untuk mengenakan penalti susulan prestasi perkhidmatan perbankan yang kerap tergendala sehingga menyusahkan para pengguna.
Hui Ying (PH-Tanjong) menambah dokumen dasar mengenai pengurusan risiko dalam teknologi telah menetapkan keperluan institusi kewangan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kewangan dengan cekap dan selamat, sekali gus menjamin keyakinan awam terhadap sistem kewangan.
Jelas beliau, BNM mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Keselamatan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengenakan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan terhadap institusi kewangan yang didapati tidak patuh kepada mana-mana peruntukan dalam dokumen dasar.
Menjawab soalan tambahan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai pendekatan kerajaan untuk menangani isu penipuan dalam talian, Hui Ying berkata kementerian bersama dengan pelbagai agensi ketika ini di peringkat penggubalan akta berkaitan.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Gangguan perkhidmatan bank
#Dewan Rakyat
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan