awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boustead DCNS Naval terima lanjutan 9 bulan kontrak Mindef bernilai RM79.32 juta

Dagang News
Dagang News
15/07/2022
03:00 MYT
Boustead DCNS Naval terima lanjutan 9 bulan kontrak Mindef bernilai RM79.32 juta
Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) menerima lanjutan sembilan bulan lagi untuk kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bernilai RM79.32 juta. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC), menerima lanjutan sembilan bulan lagi untuk kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bernilai RM79.32 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata lanjutan itu bermula 1 Januari 2022 hingga 30 September 2022.
BDNC sebelum ini menerima kontrak untuk menyediakan sokongan dalam perkhidmatan untuk kapal selam kelas Perdana Menteri bagi Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Selain daripada lanjutan tempoh kontrak dan semakan nilai kontrak, tiada perbezaan yang ketara antara isi kontrak dan pelanjutan ini.
"Sambungan kontrak tambahan ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan BHIC untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022," menurut makluman itu.
BDNC adalah syarikat usaha sama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd (60 peratus), anak syarikat milik penuh BHIC, dan Naval Group (40 peratus). - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Boustead Heavy Industries
#Boustead DCNS Naval Corporation
#Kementerian Pertahanan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan