Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menjalin kerjasama strategik dengan Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam usaha membantu Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS).
Menerusi kolaborasi tersebut, sebanyak RM500 juta geran padanan disediakan, yang mana ia bakal memanfaatkan 100,000 PKS setiap tahun bagi tempoh lima tahun.
Pengerusi BSN, Rossana Annizah Rashidi berkata, BSN dilantik sebagai peneraju utama bagi menyalurkan geran padanan daripada Kementerian Kewangan dalam meningkatkan aplikasi digital dalam kalangan PKS.
“Kerjasama ini juga akan melihat semua pihak yang terlibat memberikan sokongan dari segi kewangan serta khidmat nasihat kepada usahawan PKS mengenai topik digitalisasi.
“Harapan kami agar pemeteraian kolaborasi ini mencapai matlamat dan hasrat kerajaan untuk melahirkan PKS yang lebih berdaya saing, dinamik dan proaktif,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis kolaborasi tersebut di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Komunikasi dan Multimedia; Gobind Singh Deo; Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail.
Geran padanan tersebut terhad kepada satu permohonan bagi setiap PKS, dan mereka dibenarkan memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan pendigitalan dengan pembekal perkhidmatan yang berdaftar dengan MDEC.
Perkhidmatan pendigitalan tersebut termasuk Sistem Electronic Points of Sale (e-Pos); dan Sistem Penggajian Sumber Manusia.
Usahawan PKS yang berminat perlu melantik Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) di bawah penyeliaan MDEC.
Permohonan boleh dihantar kepada MDEC selewat-lewatnya 31 Mac ini.
Hasimi Muhamad
Mon Feb 17 2020

(Dari kiri) Rossana Annizah Rashidi; Gobind Singh Deo; Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Amiruddin Hamzah; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohd Hatta Ramli. - Astro AWANI

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

Niaga AWANI: Sekatan MSM oleh CBP | Apa reaksi, strategi Sime Darby Plantation?
Apakah langkah yang diambil Sime Darby Plantation selepas sekatan MSM oleh CBP pada 30 Disember lepas? Bagaimana sekatan tersebut berikan kesan kepada operasi dan pendapatan syarikat? Saksikan temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua, Kelestarian Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Rashyid Redza Anwarudin.

Video tular: 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Agenda AWANI: Isu Keselamatan dan Keberkesanan vaksin COVID-19
Ketahui keberkesanan & keselamatan vaksin COVID-19 bersama Dr Kalairasu Pearisamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Calon Vaksin.

Anak yatim calon SPM kerja sambilan bantu keluarga
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi guna kesempatan sekolah ditutup dengan bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.

AWANI Ringkas: Selangor umum Kita Selangor | Harga besi naik, kontraktor terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

PKP 2.0 | Pakej khas bantu rakyat Selangor
Sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, kerajaan negeri Selangor mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri itu. Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 bermula awal dari jadual
Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 melibatkan 7.5 juta penerima iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.

Kakitangan BSN Sg Dua jalani ujian saringan COVID-19
BSN Pulau Pinang mengesahkan kakitangan bank itu di cawangan Sungai Dua, di Butterworth perlu menjalani saringan COVID-19.

Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.

Bank Muamalat lantik Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu
Bank Muamalat Malaysia Bhd melantik Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa Rabu.

Pembukaan sektor ekonomi bantu pertumbuhan KDNK negara - Tengku Zafrul
Pembukaan sektor ekonomi yang bermula 4 Mei lepas membantu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Kerjasama BSN dan KPM terap budaya perbankan dalam kalangan pendidik
Penerima anugerah berprestij bagi pendidik diberi Sijil Simpanan Premium BSN berjumlah RM50,000

Petugas media Sarawak terima insentif RM1500
Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan bayaran one-off RM1500 kepada semua petugas media di Sarawak.

Sinar baharu buat warga Pakan, BSN buka kaunter perkhidmatan dua hari
Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal membuka kaunter perkhidmatan di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang.

Pembayaran BPN secara tunai dilaksanakan hingga 31 Disember
Penerima BPN kategori ini boleh hadir ke cawangan-cawangan BSN yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin
Bank Simpanan Nasional (BSN) memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada kosong peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).