awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumiputera hanya menyumbang 0.63 peratus kepada eksport industri kayu-kayan tahun lepas - CEO MTC

Bernama
Bernama
01/01/2022
00:15 MYT
Bumiputera hanya menyumbang 0.63 peratus kepada eksport industri kayu-kayan tahun lepas - CEO MTC
MTC mahu melahirkan lebih ramai bumiputera menyumbang kepada industri dengan mengadakan pelbagai program. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penglibatan bumiputera dalam industri kayu-kayan amat rendah dengan menyumbang hanya 0.63 peratus daripada RM22.02 bilion eksport industri itu pada tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) Muhtar Suhaili.
Sehubungan itu, beliau berkata MTC mahu melahirkan lebih ramai bumiputera menyumbang kepada industri dengan mengadakan pelbagai program seperti jerayawara untuk memberi kesedaran kepada mereka serta membantu untuk terlibat dalam eksport.
"Satu perkara yang saya rasa ada ruang untuk menambah baik ialah bagaimana mahu membawa industri ini daripada manual kepada automasi, daripada analog kepada era digital, ini yang cuba kita bawa.
"Apabila saya masuk MTC, saya perkenalkan beberapa program baharu seperti Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah dan setakat hari ini kita sudah bawa masuk 27 jurutera dan 80 pelatih ke dalam industri kayu-kayan.
"MTC sedang menuju ke arah digitalisasi dan sebab itu kita adakan banyak program untuk membantu pemain industri bergerak kepada pemasaran digital," katanya dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.
Katanya, MTC turut mengadakan program TimbeReality dan disertai oleh 40 buah syarikat serta mengadakan pameran secara maya di https://timbereality.my/.
Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi industri ketika pandemik COVID-19 ialah peralihan daripada program fizikal kepada program digital; dan kos eksport meningkat disebabkan kos logistik yang semakin meningkat.
"Bagi berdepan dengan kos eksport yang meningkat disebabkan kos logistik, MTC memperkenalkan bantuan EAP iaitu Program Bantuan Eksport (EAP) supaya industri masih boleh mengeksport produk-produk mereka dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata pada 10 Jan 2022, MTC akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-30 bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan akan menyampaikan anugerah kepada pemain industri.
"Ada lima kategori anugerah yang akan disampaikan iaitu anugerah kepada kemampanan dan kelestarian alam sekitar; syarikat yang membuat digitalisation and digitising; syarikat yang mempunyai kecemerlangan operasi khususnya ketika COVID-19; syarikat yang menghasilkan produk kayu yang inovatif; dan anugerah khas kepada personaliti yang banyak menyumbang dalam industri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#COVID-19
#ekonomi
#kayu kayan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan