Skip to main content

Malaysia

Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zahidi

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng menzahirkan ucapan takziah berkenaan sebelum memulakan sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto fail/BERNAMA
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng menzahirkan ucapan takziah berkenaan sebelum memulakan sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat yang bersidang hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Padang Besar Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin yang meninggal dunia Jumaat lepas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng menzahirkan ucapan takziah berkenaan sebelum memulakan sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.   

“Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin. Semoga semua ahli keluarga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi ini,” katanya.

Advertisement

Pada 13 Nov lepas, media melaporkan Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia pada petang Jumaat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang pada usia 65 tahun akibat komplikasi kegagalan buah pinggang.

Zahidi merupakan Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement