KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari pertama Disember, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif berikutan peniaga menyambut baik kenyataan daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif mengenai kenaikan kadar pada masa depan.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.08 mata kepada 1,492.88 daripada 1,488.80 semalam.
Saham pandu pasaran dibuka tinggi 2.00 mata kepada 1,490.80.
Terdapat 286 kaunter untung dan 116 kaunter rugi dalam pasaran secara menyeluruh manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 228.96 juta unit bernilai RM94.08 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI akhirnya keluar daripada fasa konsolidasi yang disokong oleh aktiviti belian yang kukuh.
"Kami melihat berita baru-baru ini untuk memulihkan ekonomi negara dijangka menyebabkan peralihan minat kepada sektor pembinaan berikutan kesan pengganda yang dianggap paling tinggi untuk memacu aktiviti ekonomi domestik.
"Sementara itu, sekatan yang longgar di Guangzhou dan Chongqing juga dijangka meningkatkan sentimen serantau. Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,485-1,500 hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent ditutup melebihi paras US$85 setong, berikutan paras inventori yang lebih rendah daripada jangkaan, kata Thong.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.67, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.60, CIMB menambah dua sen kepada RM5.82, Public Bank tidak berubah pada RM4.50 dan Tenaga berkurangan lima sen kepada RM9.37.
Daripada saham aktif, MQ Technology tidak berubah pada lima sen, Infomina naik 6.5 sen kepada 64.5 sen dan Reach Energy menambah satu sen kepada lima sen manakala Zen Tech dan Fintec Global, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen dan satu sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 40.19 mata kepada 10,673.89, Indeks FBMT 100 meningkat 38.50 mata kepada 10,390.76, Indeks FBM Emas Shariah menambah 42.97 mata kepada 10,826.06, FBM 70 menokok 88.12 mata kepada 12,939.21 dan FBM ACE naik 25.99 mata kepada 5,237.14.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 45.72 mata kepada 16,669.06, Indeks Perladangan meningkat 50.42 mata kepada 6,778.19, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.53 mata kepada 182.29 dan Indeks Tenaga naik 9.73 mata kepada 777.24.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.08 mata kepada 1,492.88 daripada 1,488.80 semalam. -Dagang News

Karya seni mampu jadi alat perpaduan kaum
Hasil seni yang baik boleh mengumpulkan segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati karya dihasilkan terutamanya jika ia membawa mesej bertemakan perpaduan dan kenegaraan.
![[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS [TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007791/33867762551675396552110_640x360.jpg)
[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS
Jabatan keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat mengesahkan Sime Darby Plantation Berhad didapati tidak lagi menggunakan buruh paksa sekaligus membuka jalan untuk Kastam Amerika Syarikat untuk menarik semula sekatan produk syarikat itu.

Kabin kapal persiaran terbakar, penumpang dipindahkan
Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.

Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.

AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Bursa Malaysia meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada 1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan sentimen positif
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.31 mata kepada 1,500.86 daripada paras penutup 1,497.55 pada Jumaat minggu lepas.

Digi.com Bhd umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Bhd
Cadangan penukaran nama itu adalah selaras dengan obligasi syarikat di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun, 2021.

Unit Uzma peroleh kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell
Kontrak tersebut melibatkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata kepada 1,500.40 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana
Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia kumpul RM3.49 bilion dalam penyenaraian pada 2022
Bursa Malaysia Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah RM3.49 bilion menerusi penyenaraian primer dan sekunder sepanjang tahun lepas, peningkatan sebanyak 27 peratus daripada RM2.75 bilion pada 2021.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, sentimen semakin positif apabila inflasi AS mereda
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun.

Dagangan sekuriti Serba Dinamik disambung semula pagi ini
Ia turut memaklumkan mengenai Pekeliling Penyenaraian berkaitan dengan penggantungan dagangan SERBADK yang akan berkuat kuasa bermula 9.00 pagi ini.