Bursa Malaysia meningkat semula pada pembukaan, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street dengan harapan pandemik COVID-19 semakin hampir pada kemuncaknya di Amerika Syarikat (AS).
Purata Perindustrian Dow Jones ditutup pada 23,433, naik hampir 780 mata atau 3.44 peratus.
Pada 9.02 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.98 mata, atau 0.513 peratus kepada 1,368.37 daripada 1,368.89 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks utama dibuka tinggi 7.5 mata kepada 1,368.89.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 336 berbanding 35, manakala 125 kaunter tidak berubah, 1,423 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 219.04 juta bernilai RM63.68 juta.
Rakuten Trade menjangka keyakinan pasaran saham AS akan mempengaruhi pasaran Asia hari ini walaupun dalam jangka masa pendek.
"Di peringkat tempatan, kami menjangka FBM KLCI yang agak berdaya tahan akan menguji paras halangan segera pada 1,370 hari ini," katanya dalam nota hari ini.
Dalam pada itu, ia mengekalkan paras sokongan segera untuk indeks petunjuk pasaran pada 1,350 dan terus berhati-hati dengan perubahan mendadak pasaran sejak kebelakangan ini.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata seperti dijangka, ekuiti Malaysia kembali kepada aktiviti pengambilan untung berikutan kekurangan petunjuk.
"Kami, bagaimanapun, melihat penurunan sebagai langkah positif untuk menghalang pasaran daripada meningkat pada kadar yang tidak mampan untuk mewujudkan lebih banyak ruang kepada peningkatan. Pada masa sama, belian baharu di Wall Street dan peningkatan semalaman harga minyak mentah boleh memberi dorongan kepada sentimen di bursa tempatan," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM7.91, Tenaga melonjak 12 sen kepada RM12.06, Public Bank menambah dua sen kepada RM15.84 dan IHH naik enam sen kepada RM5.20.
Saham berkaitan minyak dan gas muncul sebagai tiga kaunter paling aktif hari ini, berikutan harga minyak mentah yang tinggi.
Sapura Energy dan Bumi Armada, masing-masing naik satu sen kepada 11.5 sen dan 1.5 sen, manakala Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada 53.5 sen.
Indeks FBM Emas naik 73.19 mata kepada 9,484.46, Indeks FBM Emas Shariah menambah 92.02 mata kepada 10,414.47 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 63.75 mata kepada 9,370.46.
FBM 70 naik 142.06 mata kepada 11,142.55 dan FBM Ace melonjak 70.05 mata kepada 4,155.72.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.50 mata kepada 109.72, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 58.16 mata kepada 12,456.63 dan Indeks Perladangan menokok 22.41 mata kepada 6,198.17.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
Saham berkaitan minyak dan gas muncul sebagai tiga kaunter paling aktif hari ini, berikutan harga minyak mentah yang tinggi. - Gambar BERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.