KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih kembali daripada kerugian yang dialami minggu lepas untuk dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini, disokong oleh minat belian diperbaharui membabitkan kaunter produk pengguna terpilih serta penjagaan kesihatan, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.85 mata kepada 1,582.05 daripada 1,575.16 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.
Indeks utama itu dibuka 7.30 mata lebih tinggi pada 1,582.46.
Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 307 berbalas 201 manakala 348 kaunter tidak berubah, 1,298 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 698.43 juta unit bernilai RM361.20 juta.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur mungkin akan memberi fokus kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan datang serta jumlah dos vaksinasi harian yang diberikan di negara ini.
"FBM KLCI menyusut untuk sesi ketiga berturut-turut (Jumaat lepas) di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur dengan indeks utama merosot ekoran aktiviti pengambilan untung yang berterusan.
"Kami berpendapat sentimen akan tetap menghala ke arah trend penurunan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh sehingga 28 Jun 2021 kerana kes harian baharu COVID-19 terus melepasi tahap 5,000," katanya dalam satu nota catatan hari ini.
Mengenai komoditi, Malacca Securities berkata minyak sawit mentah (MSM) mungkin menyaksikan beberapa minat belian susulan penurunan harga komoditi itu baru-baru ini.
"Pelabur (juga) mungkin memberi tumpuan kepada kaunter minyak dan gas dengan harga minyak terus mengukuh melebihi paras US$72 setong. Selain itu, sentimen positif prestasi semalaman Nasdaq akan memanfaatkan saham teknologi di pasaran tempatan," katanya lagi.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM8.19, TNB meningkat 3.0 sen kepada RM9.97, sementara Public Bank dan IHH Heallthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.21 dan RM5.48 sementara Petronas Chemicals susut 6.0 sen kepada RM8. 02.
Bagi saham aktif, Priceworth International dan Nexgram masing-masing turun setengah sen kepada 1.5 sen dan 3.5 sen, Tanco tidak berubah pada 15 sen sementara Eden Inc meningkat 2.0 sen kepada 19.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.51 mata kepada 11,531.70, Indeks FBMT 100 menokok 25.58 mata kepada 11,212.74 tetapi FBM ACE turun 29.47 mata kepada 7,613.60.
Indeks FBM Emas Syariah pula meningkat 51.32 mata kepada 12,687.65 dan FBM 70 meningkat 27.23 mata kepada 14,961.66.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.39 mata kepada 15.241.39 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 192.36 dan Indeks Perladangan meningkat 4.17 mata kepada 6,703.66.
- BERNAMA
TAG: Bursa Malaysia, pembukaan, FOMC, PKP,
Bernama
Mon Jun 14 2021
Malacca Securities berpendapat sentimen akan tetap menghala ke arah trend penurunan berikutan pelanjutan PKP Penuh sehingga 28 Jun 2021. - Gambar hiasan
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.