KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kerugian yang dicatatkan semalam untuk dibuka lemah pagi ini dengan sentimen pelabur secara keseluruhan kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) lewat hari ini.
Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.13 mata kepada 1,570.54 daripada 1,575.67 pada penutupan urus niaga petang Rabu.
Indeks utama dibuka 3.58 lebih rendah pada 1,572.09.
Di pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi untung 321 berbanding 165 sementara 297 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 470.74 juta saham bernilai RM332.50 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran secara meluas mungkin terus stabil berikutan kebimbangan mengenai peluasan perintah kawalan pergerakan (MCO 3.0) ke beberapa daerah di Johor, Perak dan Terengganu yang dijangka mengurangkan minat belian hari ini.
Katanya, pelabur akan turut memantau pengumuman OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM), yang mana ramai penganalisis menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar faedah pada 1.75 peratus pada mesyuarat ketiganya lewat hari ini.
"Selain itu, kerajaan telah melancarkan rangsangan Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion untuk membantu langganan pelan data dan pembelian peranti mudah alih.
"Bagi komoditi pula, harga minyak telah meningkat, didorong oleh permintaan bahan bakar yang lebih tinggi di tengah-tengah pelonggaran sekatan pergerakan di AS dan sebahagian Eropah pada musim panas," tambahnya.
Firma penyelidikan itu menjangkakan pelancaran Jaringan Prihatin dapat memberi sinar kepada sektor telekomunikasi.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.22, Public Bank turun satu sen kepada RM4.10 dan PetChem tidak berubah pada RM8.16.
Bagi saham aktif pula, Tanco menokok satu sen kepada 10 sen, KTG naik setengah sen kepada 22.5 sen, Dataprep meningkat 22 sen kepada RM2.17 dan Saudee lebih tinggi tiga sen kepada 22.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.20 mata pada 11,563.64, Indeks FBM Emas Syariah susut 64.71 mata kepada 12,941.18, Indeks FBMT 100 merosot 38.96 mata kepada 11,217.44, FBM 70 menguncup 61.84 mata kepada 15,219.77 dan FBM ACE kehilangan 64.97 mata kepada 8,404.97.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.30 mata kepada 197.99, Indeks Perladangan naik 9.40 mata kepada 6,926.25 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 9.14 mata kepada 14,765.30.
- BERNAMA
TAG: Bursa Malaysia, buka, MCO 3.0, COVID-19, Malacca Securities
Bernama
Thu May 06 2021
Di pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi untung 321 berbanding 165 sementara 297 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
Institusi tempatan terus membeli bagi minggu ketujuh berturut-turut
Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ketujuh berturut-turut, dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta,
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas.