KUALA LUMPUR:Saham-saham di Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan semalam untuk dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini, didorong oleh permintaan kukuh daripada para pelabur tempatan dan antarabangsa.
Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.12 mata kepada 1,618.23 berbanding 1,612.11 ketika ditutup semalam.
Indeks utama dibuka 3.09 mata lebih tinggi pada 1,615.20.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi rugi dengan 306 berbalas 140 manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,413 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 672.90 juta saham bernilai RM174.70 juta.
Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata perkembangan positif selepas Belanjawan 2021 diluluskan telah menyerapkan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pasaran Malaysia dengan FBM KLCI melonjak melepasi paras psikologi 1,600 semalam.
"Dengan segala ketidakpastian sebelum ini telah terhakis, fokus kini tertumpu kepada perkembangan pemulihan ekonomi. Dengan itu, kami mengunjurkan momentum positif akan kembali dalam tempoh terdekat ini," katanya.
BACA: Belanjawan 2021 diluluskan beri prospek baik kepada pemulihan ekonomi
BACA: Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Parlimen luluskan Belanjawan 2021
Di Bursa Malaysia, Top Glove meneruskan momentum kenaikannya, meningkat lima sen kepada RM7.10, IHH menambah tiga sen kepada RM5.63, Hartalega naik empat sen kepada RM14.70 dan Public Bank mengukuh 10 sen kepada RM18.82.
Dalam kalangan saham paling cergas, Fintec Global dan warannya masing-masing menambah 2.5 sen dan setengah sen kepada 12 sen dan 1.5 sen, AT Systematization meningkat satu sen kepada 21 sen, dan Bina Puri naik 1.5 sen kepada 10.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 42.93 mata pada 11,601.57, Indeks FBMT 100 menambah 41.52 mata kepada 11,392.06, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 54.02 mata kepada 13,362.65, dan FBM 70 naik 48.07 mata kepada 14,817.13.
FBM ACE naik 59.02 mata kepada 10,660.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.85 mata menjadi 162.26, Indeks Perladangan menambah 7.0 mata kepada 7,357.37, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 56.75 mata kepada 14,261.89.
- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi rugi dengan 306 berbalas 140 manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,413 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung. - Gambar fail

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

COVID-19: KKM kenal pasti tujuh lagi kluster baharu
Kesemua kluster terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

Benarkan kedai gunting rambut dibuka? Ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Kerajaaan pertimbang untuk membenarkan operasi kedai gunting rambut, aktiviti pasar malam, kedai cuci kenderaan dan beberapa sektor lain.

Amaran penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?
Anonymous Malaysia (Anonymous) memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

KL Summit 2021 | Sistem kerajan akan rosak jika ada di tangan pemimpin yang salah
Sistem pemerintahan sama ada monarki mahupun demokrasi tetap akan gagal sekiranya pemimpin yang dipilih tidak mengamalkan nilai yang bagus untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi contoh sistem demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal apabila diketuai pemimpin yang salah. Ia merupakan antara perkara yang beliau sentuh sewaktu menyampaikan ucaptama bertajuk "A Vision on System of Government" sempena KL Summit 2021 hari ini.

COVID-19 | PKPB mungkin dilaksanakan semula untuk ganti PKP
Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk melakukan total lockdown seperti yang tersebar sebelum ini. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih lagi meneliti perkara itu serta mengambil kira pelbagi faktor dengan cuba untuk menyeimbangkan antara keperluan menjaga ekonomi negara dan rakyat serta mengekang penularan COVID-19. Ia jelasnya, termasuk mengkaji kemungkinan melaksanakan semula PKPB untuk ganti PKP.

KL Summit 2021 | Pemimpin negara Islam perlu kembali kepada ajaran Al-Quran
Tun Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, turut menyentuh mengenai keperluan pemimpin berpegang kepada ajaran Islam, mengikut pandual Al-Quran.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham
Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam.

Bursa Malaysia dijangka bergerak berhati-hati
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

FGV tolak tawaran pembelian saham oleh Felda
FGV berkata tawaran oleh felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian yang dilakukan oleh FGV iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.

Felda beli 9.97 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Bursa Malaysia pulih dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Bursa Malaysia kembali pulih berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.91 mata kepada 1,62249 dengan kenaikan hampir secara menyeluruh.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Proklamasi darurat: Badan kehakiman terus berfungsi - PM Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan badan kehakiman akan terus berfungsi ketika pelaksanakan Proklamasi Darurat dijalankan.