KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi dan pembaharuan struktur bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil susulan situasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dialami pada masa ini.
Beliau berkata seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini, tiada penyelesaian yang cepat dan mudah kepada situasi ringgit berbanding dolar AS.
Hakikatnya, Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil yang terbuka, tidak terkecuali daripada tempias cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seluruh dunia, katanya.
Beliau berkata walaupun dunia terus pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kini Malaysia berhadapan dengan cabaran baru yang telah mengakibatkan prospek ekonomi global bakal mengalami kemelesetan.
"Ini adalah berikutan ketegangan geopolitik antara AS dan China yang berterusan, peperangan di Ukraine yang masih tiada kesudahan, ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau di beberapa negara yang telah menjejaskan bekalan makanan serta dasar sifar COVID-19 di China yang terus mengganggu bekalan rantaian dunia.
"Faktor-faktor ini jelas sekali berada di luar kawalan kita," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kenyataan itu bagi mengulas mengenai pelbagai laporan, kebimbangan dan pertanyaan yang diajukan kepada Kementerian Kewangan, terutama berkaitkan kedudukan nilai mata wang ringgit dan perkembangan semasa ekonomi negara.
Tengku Zafrul berkata apa yang boleh dilakukan kerajaan pada masa ini adalah memberi tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi dan pembaharuan struktur.
Sehubungan itu, kerajaan akan terus memastikan akaun semasa sentiasa kekal dalam lebihan, didorong oleh eksport yang terus meningkat, dan negara tidak mengalami defisit berkembar, atau twin deficit, katanya
"Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif dengan jumlah RM3.0 bilion pada suku pertama, dan RM4.4 bilion pada suku kedua," katanya.
Selain itu, kerajaan juga akan memastikan langkah-langkah pembaharuan fiskal diteruskan, termasuk pembentangan Akta Tanggungjawab Fiskal menjelang akhir 2022, katanya.
"Kerajaan juga akan mempelbagai struktur dan aktiviti ekonomi negara, terutama melalui penekanan terhadap sektor-sektor yang menumpukan aspek-aspek kelestarian dan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) serta ekonomi digital.
"Kesemua ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bakal menawarkan gaji lebih tinggi kepada rakyat," katanya.
Tengku Zafrul berkata justeru, apa yang penting pada masa ini adalah sistem kewangan negara dan pasaran saham terus berfungsi dengan baik dan teratur.
Sehingga kini tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan, dan aktiviti pinjaman kekal lancar, katanya.
Beliau berkata selain itu, aktiviti perniagaan juga terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal selain pasaran saham pula terus menunjukkan aliran masuk bersih berjumlah RM6.7 bilion daripada pelabur asing, dan RM2.3 bilion daripada pelabur runcit.
Beliau berkata polisi atau dasar pertukaran ringgit yang fleksibel dan dinamik oleh Bank Negara Malaysia, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran saham yang merangkumi pelbagai sektor, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang pengeluaran aliran modal dari negara serta menyerap sebarang kejutan luar.
"Melangkah kehadapan, kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dilindungi, tidak kira isi rumah, individu, mahupun perniagaan. Kesemua ini telahpun bermula dengan perancangan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober," katanya.
Tengku Zafrul berkata Bajet 2023 juga akan terus mengutamakan agenda pembaharuan struktur bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca-COVID-19, memastikan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh daya tahan rakyat dan perniagaan terhadap sebarang kejutan pada masa depan, terutaman cabaran ketidaktentuan geopolitik dan perubahan iklim yang serius dan berterusan.
Beliau turut menegaskan negara bukan di dalam keadaan krisis kewangan atau ekonomi, seperti pada 1998, 2009, dan terkini, pada 2020 memandangkan pada waktu itu, KDNK masing-masing menyusut sebanyak -7.4 peratus (1998), -1.5 peratus (2009) dan -5.5 peratus (2020).
"Tahun ini, kerajaan yakin KDNK akan terus tumbuh lebih baik berbanding unjuran asal 5.3 peratus hingga 6.3 peratus. Keyakinan yang sama turut dikongsi oleh Bank Dunia yang telah menaikkan unjuran KDNK Malaysia tahun ini daripada 5.5 peratus kepada 6.4 peratus," katanya.
Beliau berkata langkah-langkah proaktif kerajaan yang telah diumumkan seperti peruntukan subsidi hampir RM80 bilion termasuk kawalan harga bagi pelbagai barangan asas akan terus melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga yang didorong oleh faktor luaran yang di luar kawalan kerajaan.
Menteri Kewangan berkata sejak pandemik bermula, kerajaan giat melaksanakan pembaharuanstruktur bagi memastikan pembangunan yang lebih seimbang, lestari dan saksama, seperti penambahbaikan jaringan keselamatan sosial, menangani isu pengangguran dalam kalangan belia, memastikan sekuriti makanan dan nutrisi, serta memudah cara pelbagai sektor ekonomi untuk beralih ke arah digitalisasi.
Kerajaan juga akan meneruskan projek-projek mesra rakyat dengan nilai pengganda yang tinggi seperti penambahbaikan perumahan rakyat, tebatan banjir, infrastruktur sumber air, elektrik, internet dan 5G, serta pengangkutan awam seperti MRT3 dan Lebuhraya Pan Borneo, katanya.
Beliau berkata menangani impak ketidaktentuan ekonomi dunia memerlukan kerjasama antara semua pihak, tidak kira sama ada antara negara, ahli politik, akar umbi, golongan profesional mahupun penjawat awam.
Para penggubal dasar perlu menyedari hakikat bahawa dalam dunia yang saling terkait, keputusan sesetengah negara mampu memberi impak besar kepada negara lain, katanya.
"Dalam mendepani cengkaman inflasi yang melanda dunia, keputusan dasar monetari oleh beberapa kuasa besar telah menjejaskan kedudukan negara-negara membangun, dan Malaysia tidak terkecuali daripada kesan tersebut," katanya.
Tengku Zafrul berkata beliau yakin dengan semangat Keluarga Malaysia yang bersatu hati dan berganding bahu, negara akan dapat mengharungi segala cabaran ini bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Tengku Zafrul berkata, tiada penyelesaian yang cepat dan mudah kepada situasi ringgit berbanding dolar AS. - Gambar fail
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.