awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada - MoF

Bernama
Bernama
07/08/2025
07:00 MYT
Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada - MoF
Lim Hui Ying berkata ini kerana cadangan tersebut hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.

Ringkasan AI
  • Cadangan bayaran pencen bulanan KWSP hanya terpakai kepada ahli baharu selepas tarikh pelaksanaan, manakala ahli sedia ada boleh memilih struktur baharu secara sukarela tanpa menjejaskan hak pengeluaran semasa.
  • Mekanisme baharu akan membahagikan simpanan kepada dua komponen: simpanan fleksibel yang boleh dikeluarkan bila-bila masa, dan simpanan pendapatan yang diagihkan secara berkala sepanjang tempoh persaraan.
  • Langkah ini bertujuan memastikan simpanan bertahan lebih lama selaras dengan peningkatan jangka hayat, serta menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan bagi hari tua.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ini kerana cadangan tersebut hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu.
Bagaimanapun katanya, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada strukur baharu itu secara sukarela.
"Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai rasional KWSP untuk memperkenalkan bayaran pencen secara bulanan, lanjutan daripada pengumuman dalam RMK-13.
Menurut Lim, mekanisme baharu itu bertujuan memastikan simpanan ahli bertahan lebih lama bagi menampung perbelanjaan harian ketika tempoh persaraan yang dijangka semakin meningkat, seiring peningkatan jangka hayat.
"Struktur baharu ini akan diwujudkan apabila ahli mencapai usia persaraan minimum, yang mana simpanan ahli terbahagi kepada dua komponen utama iaitu simpanan fleksibel, iaitu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
"Kedua, adalah simpanan pendapatan, yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis. Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#KWSP
#RMK13
#bayaran pencen
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan