awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celcom pertingkat kualiti rangkaian selaras aspirasi JENDELA

Bernama
Bernama
07/07/2022
02:40 MYT
Celcom pertingkat kualiti rangkaian selaras aspirasi JENDELA
Celcom akan terus mempertingkat kualiti liputan dan pengalaman rangkaian 4G selaras aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).
KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) akan terus mempertingkat kualiti liputan dan pengalaman rangkaian 4G selaras aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Wakil Kumpulan Strategi Celcom Nor Azman Sulaiman berkata syarikat telekomunikasi itu komited meluaskan liputan, mengoptimumkan rangkaian dan menambah baik kualiti rangkaian sejak beroperasi 34 tahun lepas.
Katanya, selain itu Celcom juga sentiasa memperkenalkan teknologi, servis dan ciri-ciri baharu dalam perkhidmatannya untuk mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna.
"Misi kita untuk menambah baik rangkaian Celcom dari dulu sampai sekarang (dengan) meluaskan liputan itu adalah selaras dengan matlamat JENDELA itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Internet dan Anda yang disiarkan menerusi Facebook Bernama malam tadi.
Mengenai cabaran untuk perkhidmatan panggilan menerusi 'Voice over Long-Term Evolution (VoLTE)', Nor Azman berkata pengguna tidak dapat menggunakan perkhidmatan panggilan itu tanpa liputan 4G.
Katanya, oleh itu matlamat JENDELA dengan menambah baik liputan 4G membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan data dan membuat panggilan menerusi VoLTE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#celcom
#JENDELA
#kualiti liputan
#Nor Azman Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan