awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celcom unjur 25 peratus pelanggannya sertai program kesetiaan

Bernama
Bernama
09/04/2014
12:38 MYT
Celcom unjur 25 peratus pelanggannya sertai program kesetiaan
Celcom Axiata Bhd menjangka 25 peratus daripada 14 juta pelanggan sedia ada akan mendaftar bagi program kesetiaan baharunya menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Beliau berkata program berkenaan, 'Club Celcom First' (untuk pelanggan pascabayar), Xclub (pelanggan prabayar) dan kelab Frenz (pelanggan-pelanggan asing Celcom di Malaysia), adalah cara mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia syarikat.
"Kami menawarkan insentif untuk penggunaan tetap perkhidmatan kami dan menyediakan mereka dengan ganjaran boleh ditebus," katanya pada taklimat media selepas pelancaran program itu di sini hari ini.
Zalman berkata Celcom merupakan syarikat telekomunikasi pertama memperkenalkan konsep 'gamification' dalam program kesetiaan.
"Konsep ini menawarkan pengalaman interaktif, menarik, merangsang dan berdaya saing, yang membolehkan pelanggan memaksimumkan serta memanfaatkan suara, perkhidmatan pesanan ringkas (SM ) dan penggunaan data mudah alih harian mereka, dengan itu memudahkan keberkesanan program," katanya.
Beliau berkata program berkenaan menawarkan penggunaan data masa sebenar yang boleh membawa kepada pengurusan hubungan pelanggan yang lebih baik dan keupayaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dan memberikan tawaran khusus yang sepadan dengan minat pelanggan.
"Ini merupakan fasa pertama, kami akan melancarkan lebih banyak program tidak lama lagi," katanya. Pelanggan Celcom yang ingin mendaftar perlu mengantar SMS 'YES' ke 22188. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Celcom Axiata Bhd
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan