awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2024
08:40 MYT
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Anwar melancarkan Pavilion Malaysia, yang turut dihadiri oleh Li Qiang (tengah) sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai - Foto Ihsan PMO/ SADIQ ASYRAF
SHANGHAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di sini.
Premier Li Qiang turut mengunjungi Pavilion Malaysia yang diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim, meluangkan masa sekitar 20 minit di Pavilion Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Pavilion Malaysia bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia, selain menjadi platform bagi syarikat-syarikat Malaysia mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan di pasaran China.
Pada tahun ini, pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade - Bank of China (Malaysia) Bhd, Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.
Antara sektor utama diketengahkan di Pavilion Malaysia adalah elektrik dan elektronik, pertanian, gaya hidup, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-dagang, kandungan kreatif, perkhidmatan perniagaan serta logistik.
Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian melancarkan Pavilion Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).
Ia mempamerkan beberapa syarikat tempatan untuk mempromosikan produk mereka termasuk Spritzer dan Oriental Kopi.
Perdana Menteri ketika ini dalam rangka kerja ke China bermula dari 4 November hingga 7 November 2024.
Topic Berkaitan
#Pavilion Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Lawatan kerja Anwar
#Matrade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan