GEORGE TOWN: Co-opbank Pertama (CBP) terus menyatakan komitmen institusi kewangan itu untuk terus mendekati dan membantu golongan B40 asnaf dan fakir miskin untuk meringankan beban mereka dengan memberikan bantuan berupa wang tunai danbantuan bekalan makanan asas.
Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan ini adalah menerusi program Touch-Point, agihan kotak rezeki dan juga Back To School untuk pelajar-pelajar daripada kumpulan yang dinyatakan.
Beliau berkata, menerusi program Touch-Point tersebut, anggota Lembaga Koperasi (ALK) CBP telah turun padang dalam menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan asas kepada keluarga B40.
“Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40 yang menetap dalam lingkungan berhampiran dengan cawangan CBP,” katanya pada Majlis Agihan Kotak Rezeki dan Back To School di Masjid Jamek, Permatang Rambai, Penaga, Pulau Pinang pada Selasa.
Baharom berkata, menerusi program Back To School pula, CBP telah membuka akaun simpanan-i Salam MyStar kepada pelajar-pelajar ini dengan jumlah RM200 seorang yang membolehkan pemegang akaun ini secara tidak langsung akan menjadi ahli kelab MyStar.
“Kelebihan yang akan diperolehi oleh Ahli Kelab MyStar ini adalah, ahli dapat menerima potongan harga daripada rakan kerjasama strategik CBP.
‘’Pada ketika ini, CBP telah bekerjasama dengan Penang Bird Park di mana ahli diberi kemasukan percuma dan juga Kedai Salim Wahab yang memberi potongan harga sehingga 15%,’’ katanya.
Menurutnya, CBP juga turut merancang untuk menambah lagi beberapa rakan kerjasama strategik ini dalam memberi keistimewaan dan manfaat kepada ahli kelab MyStar ini.
Pembukaan akaun Mystar serendah RM20 ini juga mampu memupuk semangat menabung pada usia muda. – DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 03 2022
Baharom (tiga dari kanan) bersama Hidayah (dua dari kiri) meraikan penerima bantuan persekolahan sempena Program Kotak Rezeki dan Back To School di Masjid Jamek, Permatang Rambai, Penaga. -Dagang News
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
CBP buka cawangan ke-31 di Miri, beberapa lagi di Sabah dan Terengganu pada suku pertama 2024
Pembukaan cawangan Sarawak adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat seiring dengan perancangan strategik CBP.
Co-opbank Pertama peruntuk RM10 juta, tawar skim pembiayaan CoStar
CBP mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM103.43 juta iaitu yang tertinggi sejak penubuhan institusi perbankan itu sejak 1950.
CBP jalin kerjasama dengan 12 IPT, sedia geran penyelidikan
Geran penyelidikan yang diberikan adalah daripada agihan wakalah zakat CBP Fasa 1 dan Fasa II berjumlah RM512,000.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP: Cawangan ke-29 di Tawau penuhi keperluan perbankan masyarakat setempat - Baharom
Pembukaan cawangan Co-opbank Pertama (CBP) yang ke-29 di Tawau bakal memenuhi keperluan perbankan masyarakat setempat di lokasi berkenaan.
Fit AWANI: Perlawanan Persahabatan AWANI dan Co-opbank Pertama
Menyemai semangat perpaduan menerusi sukan antara matlamat program Fit AWANI yang kembali dianjurkan Astro AWANI.
Co-opbank beri anggota peluang tambah saham
Peluang untuk menambah jumlah saham di bank koperasi dibuka kepada anggota sedia ada Co-opbank Pertama (CBP) bermula 1 Jun lalu.
Co-opbank Pertama komited bantu golongan B40
Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40.