awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan pasaran getah dijangka meningkat minggu depan

Bernama
Bernama
09/11/2024
02:30 MYT
Dagangan pasaran getah dijangka meningkat minggu depan
Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan, susulan peningkatan aktiviti menambah stok simpanan yang menyokong harga serta permintaan terhadap komoditi itu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan, susulan peningkatan aktiviti menambah stok simpanan yang menyokong harga serta permintaan terhadap komoditi itu.
Pakar industri, Denis Low berkata, aktiviti itu akan menjadi tumpuan dalam usaha mengelak masalah kekurangan bekalan selain menangani ketidaktentuan.
“Hujan lebat pada minggu lepas telah menjejaskan kegiatan menoreh dan pengumpulan getah yang boleh mendorong kekurangan bekalan," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Low berkata, kejayaan Donald Trump yang bakal dilantik semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) turut memberi tekanan kepada jutaan pengeksport China.
"Sewaktu berkempen, Trump telah mengetengahkan idea untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 60 peratus atau lebih ke atas produk China yang dijual di AS.
"Ini berkemungkinan menyebabkan pembeli lain meningkatkan import getah masing-masing susulan jangkaan peningkatan tarif itu di masa depan," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) optimis terhadap prospek pasaran getah pada minggu depan dan menjangkakan harga akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau.
“Prospek bagi pasaran getah kelihatan lebih optimis namun berhati-hati, terutamanya impak kemenangan Trump ke atas ekonomi AS.
"Gabungan faktor seperti stok simpanan getah asli yang susut, prospek langkah rangsangan China dan impak positif daripada pasaran getah serantau boleh menyokong kenaikan harga getah," katanya.
Pada masa sama, MARGMA mengingatkan faktor pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan keadaan ekonomi global kekal menjadi risiko utama dan boleh mempengaruhi pasaran.
Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik 34 sen kepada 894 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 64 sen kepada 667.5 sen.
Pada 5 petang Jumaat, SMR 20 berada pada 886 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 660 sen sekilogram. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran getah
#getah tempatan
#MARGMA
#import getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan