awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif

Bernama
Bernama
10/05/2024
02:50 MYT
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Perjanjian ditandatangani CEO Deftech Mohammad Shanaz Mohammad Shees dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad di luar acara pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 di Kuala Lumpur semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) memeterai perjanjian kerjasama dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan pesawat tanpa pemandu dan bidang lain berkaitan sektor automotif.
Dalam satu kenyataan semalam, Deftech, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd berkata kerjasama itu seiring dengan strategi syarikat untuk mengukuhkan penglibatan dengan entiti penyelidikan tempatan bagi meningkatkan peranannya dalam merintis pembangunan sistem tanpa pemandu tempatan.
"Kerjasama dengan UPNM ini yang mengkhusus dalam penyelidikan teknologi pertahanan termaju, keselamatan siber dan strategi ketenteraan, akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu, serta komponen automotif dan sistem yang berkaitan," katanya.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Deftech Mohammad Shanaz Mohammad Shees dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad di luar acara pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini semalam.
Majlis itu turut disaksikan Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Syed Faisal Albar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#UPNM
#sistem tanpa pemandu
#Deftech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan