KOTA KINABALU: Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran RM424.62 juta kepada seramai 802,823 anggotanya yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pembayaran dividen itu akan dilakukan mulai hari ini.
Beliau berkata prestasi kewangan memberangsangkan itu membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan bank tersebut bagi sokongan berterusan mereka.
"Bersempena Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, bank turut mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus dengan jumlah pembayaran RM56.62 juta yang akan diagihkan berdasarkan pegangan saham layak pada 31 Dis 2023.
"Pembayaran dividen istimewa itu akan dilakukan pada September ini," katanya pada majlis pengumuman dividen dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Dis 2023 di sini hari ini.
Ewon berkata Bank Rakyat masih lagi mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh melebihi 20 tahun.
Beliau percaya pencapaian itu adalah hasil komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya sekali gus memberi kesaksamaan dan kemakmuran kepada semua peringkat masyarakat.
Ewon berkata Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM17.74 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.
"Jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta," katanya, yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini.
Beliau juga berharap Kumpulan Bank Rakyat akan meneruskan usaha agar kekal relevan dalam perkembangan pantas industri perbankan dan terus menyumbang kepada masyarakat dari setiap peringkat.
Ini termasuk menyediakan penyelesaian perbankan yang komprehensif, mampan dan berdaya cipta, seiring dengan konsep Malaysia MADANI agar kemiskinan tegar dapat dinoktahkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Ewon berkata pembayaran dividen itu akan dilakukan mulai hari ini. - Gambar/ Bernama
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Kejayaan program santai namun sampai termasuk di tiga lokasi penganjuran jelajah jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam & Kuala Lumpur bukti lebih usahawan dilahirkan.
Jom ke Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu 15-16 September, pelbagai program disediakan!
Untuk hari pertama dalam sesi 'Saya Jual', usahawan diberikan durasi masa tertentu untuk mempersembah idea perniagaan masing-masing.
Mohammad Hanis Osman CEO baharu Bank Rakyat
Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
Program desa tanpa tunai perlu sokongan semua pihak
Ia usaha yang wajar dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan perubahan norma baharu dalam kalangan masyarakat.
Bank Rakyat tawar lanjutan moratorium kepada pelanggan terkesan pandemik
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.
MEDAC, SKM sumbang RM700,000 kepada pelajar dan mangsa banjir Sarawak - Wan Junaidi
Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang dihadapi golongan memerlukan akibat banjir dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Yayasan Bank Rakyat salur bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat
Bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan.
Bank Rakyat meterai perjanjian program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion
Program sukuk ini membolehkan bank memperoleh pendanaan jangka panjang dengan kadar tetap di samping mempelbagaikan komposisi pendanaan.