awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dominant gantung operasi kilang selepas pekerja positif COVID-19

Bernama
Bernama
15/02/2021
05:47 MYT
Dominant gantung operasi kilang selepas pekerja positif COVID-19
Dominant akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkuasa untuk memastikan operasi dapat disambung semula serta keadaan pekerja sentiasa terpelihara pada setiap masa.
KUALA LUMPUR:Pengeluar produk panel kayu dan komponen perabot, Dominant Enterprise Bhd bertindak menggantung sementara operasi kilang dan gudang di Muar, Johor, selepas dua pekerja disahkan positif COVID-19 pada 11 Februari susulan saringan terhadap semua kakitangannya.
Berikutan itu, kesemua pekerja terbabit telah dikuarantin dan diasingkan daripada pekerja lain, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
"Sejajar usaha berterusan syarikat untuk membendung dan mengelak penularan virus ini, kami akan menggantung operasi di Muar pada 12-25 Februari 2021 sehingga mendapat arahan lanjut daripada pihak berkuasa.
"Dalam tempoh tersebut, langkah serta prosedur pembasmian kuman dan sanitasi akan dijalankan di premis terbabit.
"Syarikat juga akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkuasa untuk memastikan operasi dapat disambung semula serta keadaan pekerja sentiasa terpelihara pada setiap masa," katanya.
Menurut Dominant, langkah penggantungan operasi itu akan memberi impak minimum terhadap prestasi operasi dan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi
#COVID-19
#Bursa Malaysia
#operasi disambung semula
#pihak berkuasa
#kewangan
#gantung operasi
#impak minimum
#Dominant Enterprise Bhd
#dominant
#penularan
#virus
#pembasmian kuman
#sanitasi
#Muar
#kuarantin
#Pekerja
#pengasingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan