DRB-HICOM Bhd akan menjual 49.9 peratus daripada pegangannya di dalam syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely Holding).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis petang ini berkata, walau bagaimanapun, DRB-HICOM masih memegang 50.1 peratus pegangan dalam Proton dan Proton akan tetap menjadi kereta nasional dan kebanggaan negara.
Beliau turut berkata Proton akan menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus, kepada Geely, untuk menjuarai jualan jenama tersebut di United Kingdom.
Johari berkata dengan rakan kongsi strategik asing (FSP) ini antara yang boleh dicapai adalah meningkatkan nilai jenama dan keyakinan pengguna.
“Juga kita boleh mendapatkan akses kepada teknologi terkini serta keupayaan untuk mengakses pasaran yang lebih besar di luar Malaysia,” kata beliau.
Tambahnya, kerjasama seperti ini bukanlah suatu perkara yang baru dalam dunia automotif.
Dalam majlis yang sama, DRB-HICOM dan Geely Holding menandatangani perjanjian tersebut di hadapan Johari.
Pencarian rakan kongsi Proton bermula tahun lalu, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan pada April 2016, dengan syarat ia melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan.
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletak jawatan sebagai penasihatnya pada Mac 2016 selepas beliau bertindak keluar daripada Umno.
Syarikat itu kemudiannya diswastakan pada 2012, sebelum diambil alih DRB-Hicom – sebuah konglomerat dikawal jutawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.
T K Letchumy Tamboo
Wed May 24 2017
DRB-Hicom Bhd akan menjual 49.9 peratus daripada pegangan di dalam syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely Holding). - Foto Astro AWANI
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
DRB-Hicom catat untung bersih suku ketiga yang rendah kepada RM70.80 juta
DRB-Hicom Bhd catatn keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM70.80 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) daripada RM143.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
DRB-Hicom, Geely bukan pelabur eksklusif dalam AHTV
DRB-Hicom Bhd menegaskan bahawa pelaburan yang dijangkakan bernilai RM32 bilion bagi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim bukan pelaburan eksklusif Geely sahaja.
DRB-Hicom kembali pulih, catat keuntungan bersih RM187.71 juta
Hasil untuk tahun kewangan 2022 meningkat 25.3 peratus kepada RM15.51 bilion daripada RM12.38 bilion sebelumnya.
DRB-Hicom kembali mencatat keuntungan, raih untung bersih RM143.95 juta pada suku ketiga
Hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak 114.2 peratus kepada RM4.54 bilion daripada RM2.1 bilion sebelumnya.
DRB-Hicom catat kerugian bersih RM179 juta pada suku ketiga
Hasil merosot kepada RM2.12 bilion berbanding RM3.56 bilion pada S3 TK2020 susulan sekatan pergerakan pada Julai dan Ogos.
Yasmin Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia
Peletakan jawatan Datuk Yasmin Mahmood akan berkuat kuasa 1 April depan.
DRB-Hicom catat kerugian bersih RM173 juta
Aliran pertukaran asing yang kurang memberangsangkan menyebabkan DRB-Hicom merekodkan kerugian kira-kira RM72 juta membabitkan bayaran dan pinjaman dalam denominasi mata wang asing.
Saham DRB-Hicom jatuh selepas SPRM siasat Deftech
AmBank Research hari ini menurunkan gred DRB-Hicom kepada "underweight" daripada "hold" dengan nilai adil lebih rendah pada RM1.74.
Deftech bina bas elektrik SQC Malaysia yang pertama
Deftech, yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina 11 buah bas EV SQC.
DRB-HICOM utamakan pelan perniagaan mantap untuk Proton buat masa ini
DRB-Hicom Bhd menjelaskan bahawa keutamaannya kini adalah merumuskan pelan perniagaan yang mantap untuk syarikat pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton).