awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS dedah pelan ‘Gaza Baharu’ dengan pencakar langit
Tiga maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di New South Wales, Australia
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis

Bernama
Bernama
22/01/2026
23:00 MYT
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan inflasi yang terkawal. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan inflasi yang terkawal, menyebabkan penganalisis meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun.
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) berpendapat, kadar OPR semasa akan terus mengimbangi sokongan bagi aktiviti domestik dan kestabilan harga.
"Penggubal dasar berkemungkinan akan terus berhati-hati ketika mereka memantau perkembangan dasar Amerika Syarikat, kesan berkaitan tarif, kesan rasionalisasi subsidi dan langkah-langkah upah terhadap inflasi dan prospek pertumbuhan.
"Status quo kekal sebagai laluan yang paling mungkin, kecuali berlaku kejutan global yang besar atau kemerosotan mendadak dalam keadaan luaran," kata bank pelaburan itu dalam satu nota pada Khamis.
Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan sederhana 4.5 peratus bagi ekonomi domestik pada 2026.
Sementara itu, MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 4.3 peratus pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh.
Ia turut menjangkakan jeda OPR yang berpanjangan tahun ini, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil dan inflasi yang terkawal.
Katanya, anggaran awal baru-baru ini bagi suku keempat 2025 (S4 2025) menunjukkan peningkatan tahun ke tahun yang kukuh sebanyak 5.7 peratus, menandakan bahawa momentum ekonomi Malaysia yang semakin meningkat.
"Mengenai unjuran harga, kami menjangkakan potensi peningkatan inflasi kepada 1.8 peratus pada 2026, didorong oleh tekanan berkaitan dasar dan inflasi bukan makanan yang berpotensi lebih tinggi.
"Selain itu, pendapatan boleh guna yang lebih tinggi daripada pelarasan gaji dan pemindahan kerajaan boleh menyokong inflasi tarikan permintaan," MBSM IB.
HSBC Global Investment Research pula berkata, penggunaan swasta kekal kukuh, dengan risiko peningkatan selepas harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter sejak 30 September 2025.
Katanya, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka meningkatkan perbelanjaan pelancong, yang menyasarkan untuk menarik kira-kira 47 juta pelancong.
"Di tempat lain, ledakan pelaburan berterusan, hasil daripada aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang konsisten dan usaha untuk projek infrastruktur.
"Dua projek utama yang dijangka siap tahun ini ialah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura," katanya.
HSBC Global Investment Research turut menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah 4.5 peratus tahun ini, pada paras tertinggi ramalan kerajaan iaitu 4-4.5 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#Kadar Dasar Semalaman OPR
#Bank Negara Malaysia
#Kenanga IB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan