ELON Musk sedia menyasarkan untuk menjadikan X sebagai aplikasi semua-dalam-satu seumpama WeChat di China.
Salah satu langkah untuk menjayakannya adalah integrasi komponen kewangan.
Advertisement
Selari dengannya, X sedia melakukan ujian X Money sejak sebelum ini di Amerika Syarikat.
Terbaru, Elon Musk mengatakan X Money akan memasuki fasa ujian awam bermula bulan April 2026 ini.
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna melakukan pembayaran atau penghantaran wang dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.
Langkah ini juga dijangka secara tidak langsung membawa kepada bentuk pendapatan baharu bagi X, yang kini dimiliki SpaceX.
Berkemungkinan besar, penawaran X Money akan terhad di beberapa buah negara sahaja, dan tidak diketahui akan ditawarkan di Malaysia atau tidak.
𝕏 Money early public access will launch next month
— Elon Musk (@elonmusk) March 10, 2026