awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emas bersinar sebagai aset selamat ketika ketidaktentuan dunia - MGA

Bernama
Bernama
11/07/2025
20:00 MYT
Emas bersinar sebagai aset selamat ketika ketidaktentuan dunia - MGA
Ng berkata harga emas antarabangsa kekal stabil pada sekitar AS$3,300 satu auns, mencerminkan kenaikan sebanyak 24 peratus sejak awal tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Permintaan global terhadap jongkong emas sebagai pelaburan selamat semakin meningkat, khususnya dalam kalangan bank pusat dan individu bernilai bersih tinggi (HNWI), menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).
Presiden MGA, Datuk Wira Louis Ng berkata, bank pusat di negara seperti China, Poland dan Kazakhstan giat meningkatkan rizab emas masing-masing untuk mempelbagaikan pegangan negara.
"Walaupun permintaan terhadap emas gred pelaburan semakin melonjak namun, kita menyaksikan segmen barang kemas emas mengalami penurunan di seluruh Asia, termasuk pasaran yang secara tradisionalnya kukuh seperti China dan India," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, harga emas antarabangsa kekal stabil pada sekitar AS$3,300 satu auns, mencerminkan kenaikan sebanyak 24 peratus sejak awal tahun ini.
"Paras harga ini disokong oleh permintaan institusi yang kukuh, terutama daripada kalangan pengurus dana global yang membeli emas melalui dana dagangan bursa (ETF) bagi pihak pelanggan yang bernilai tinggi," katanya.
Ng berkata, trend itu berpunca daripada ketegangan geopolitik yang meluas -- termasuk konflik di Asia Barat, perang berterusan di Ukraine, dan geseran perdagangan antara Amerika Syarikat dan China -- yang menjadikan pelabur bersikap lebih berhati-hati.
"Berikutan ketidaktentuan ini, emas terus dilihat sebagai penyimpan nilai yang boleh dipercayai. Bank pusat, pelabur institusi, dan juga pelabur runcit bertindak balas sewajarnya terhadap keadaan ini," katanya.
Bagaimanaun, beliau mengakui, permintaan runcit terhadap barang kemas emas sedang menghadapi tekanan.
"Pasaran barang kemas runcit sedang mengalami trend menurun dan tidak menunjukkan momentum yang sama seperti emas gred pelaburan," katanya.
Beliau menjangkakan pasaran emas kekal stabil dalam tempoh terdekat.
"Kami menjangkakan harga tidak banyak berubah dan berlegar di sekitar paras US$3,300, sementara pelabur terus memantau ketegangan global dan perkembangan ekonomi semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#HNWI
#perkembangan ekonomi
#pasaran emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan