Euromobil Sdn Bhd, anak syarikat DRB-HICOM Group dan pengimport rasmi serta pengedar tunggal Audi di Malaysia, pada Rabu melancarkan model hibrid Audi A6 terbaharu, sekali gus menyaksikan kemasukan Audi terkini dalam segmen kereta eksekutif dan mewah atasan.
Pelancaran itu menandakan satu lagi sejarah untuk industri kereta di sini kerana hibrid Audi A6 menggabungkan dua dunia terbaik -- kecekapan enjin empat silinder dengan prestasi enam silinder -- dan menambah satu lagi lembaran kepada kisah kejayaan Audi A6.
Kereta itu telah dilancarkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut hadir ialah pengarah urusan kumpulan DRB-HICOM dan pengerusi Euromobil Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.
Dalam ucapannya, Mohd Khamil berkata pengenalan Audi A6 di Malaysia adalah bukti kepada sokongan Audi kepada usaha negara ke arah mengadakan kenderaan yang cekap dari segi penggunaan tenaga dan komitmennya dalam mengguna pakai teknologi hijau dalam industri kereta.
"Dengan pengenalan A6 di Malaysia, kami berharap langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pelaksanaan teknologi hijau canggih dalam industri kereta akan membantu negara menjadi setaraf dengan rakan negara jiran yang lain dan lebih berdaya saing di peringkat global," kata beliau.
Mohd Khamil berkata kumpulan berazam agar dapat diiktiraf di dalam negara sebagai peneraju dalam penggunaan sistem pemanduan elektrik dalam segmen premium dengan keupayaan jarak jauh dan pelepasan sifar, menggabungkan pemanduan dinamik yang boleh meningkatkan pengalaman pengguna.
Mohd Khamil berkata Euromobil telah mencapai 40 peratus pertumbuhan dalam jualan kereta-kereta Audi tahun lepas.
Model hibrid A6 itu boleh dibeli dari harga RM280,000 di jalan raya tanpa insurans dan sedia untuk dipandu uji di semua bilik pameran Euromobil.
Bernama
Thu Feb 28 2013
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Euromobil lancar hibrid Audi A6
Euromobil,anak syarikat DRB-HICOM Group dan pengimport rasmi Audi di Malaysia, melancarkan model hibrid Audi A6 terbaharu pada Rabu.