awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV: Felcra tarik balik kerjasama untuk teroka perniagaan ladang tenusu di Perlis

Bernama
Bernama
28/04/2022
11:47 MYT
FGV: Felcra tarik balik kerjasama untuk teroka perniagaan ladang tenusu di Perlis
Felcra Bhd memutuskan untuk menarik balik kerjasama dengan FGV Holdings Bhd dan Baladna Food Industries Co WLL yang berpangkalan di Qatar untuk meneroka perniagaan ladang tenusu di Chuping, Perlis.
KUALA LUMPUR: Felcra Bhd memutuskan untuk menarik balik kerjasama dengan FGV Holdings Bhd dan Baladna Food Industries Co WLL yang berpangkalan di Qatar untuk meneroka perniagaan ladang tenusu di Chuping, Perlis.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata FGV dan Baladna Food Industries meneruskan kajian kebolehlaksanaan dan teknikal projek itu secara menyeluruh.
"Syarikat itu akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat perkembangan material selanjutnya berhubung memorandum kerjasama (MOC) itu," katanya.
Pada Ogos tahun lepas, anak syarikat FGV, FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF), memeterai MOC dengan Felcra dan Baladna Food Industries untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan teknikal yang komprehensif tentang peluang berpotensi melabur bersama dalam perniagaan ladang tenusu bersepadu di Chuping.
Pada penutup dagangan hari ini, saham FGV tidak berubah pada RM2.02 dengan 1.7 juta saham diurus niaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FELCRA
#kerjasama
#FGV
#Baladna Food Industries Co WLL
#ladang tenusu
#Chuping
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan