Firefly menyasarkan peningkatan perolehan jualan 20 peratus dari operasi turbopropnya dan destinasi yang disediakan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Dalam satu kenyataan Jumaat, syarikat itu berkata ia akan menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan semasa Pameran MATTA KL 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15 hingga 17 Mac.

Firefly telah mewujudkan pakej yang menarik yang termasuk bayaran tambang untuk semua dan penginapan bagi keluarga, kumpulan belia serta pasangan yang mahu melakukan percutian singkat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius M.C Ong.

Tawaran pakej MATTA Firefly itu disediakan secara eksklusif bagi pembelian semasa pameran tiga hari itu, bagi perjalanan untuk tempoh dari 1 April hingga 30 Nov.

Bersempena pameran tahun ini, Firefly akan melakukan promosi pra dan pasca untuk perjalanan bukan pakejnya, tiket penerbangan yang bermula dari RM59 bagi bayaran yang meliputi kesemua bayaran sehala untuk destinasi domestik dan RM69 bagi destinasi serantau.

Para pelanggan boleh mulai menempah melalui laman web Firefly, aplikasi bergerak Firefly, pusat panggilan dan agen pelancongan dari 11-25 Mac bagi perjalanan antara 31 Mac dan 30 Nov.

Maklumat lanjut mengenai laluan dan jadual Firefly boleh diperoleh dari www.fireflyz.com.my.