KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan melihat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar untuk Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada paras semasa untuk tempoh yang lebih lama, berikutan ia tidak dinaikkan pada Januari dan Mac.
Kenanga Research berkata pandangan ini disokong oleh matlamat utama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk "menentukur penetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan mampan", dan bahawa "normalisasi kepada tahap akomodasi dasar monetari akan berdasarkan keadaan yang berubah dan implikasinya kepada inflasi domestik dan prospek pertumbuhan."
"Berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi yang dijangka sederhana pada tahun ini dengan risiko penurunan dari aspek luaran, kami menjangka kemungkinan yang kecil bahawa BNM akan meneruskan kenaikan kadarnya dalam tempoh terdekat.
"Oleh itu, tanpa mengambil kira kejutan luar dan domestik yang tidak dijangka mengenai prospek pertumbuhan dan inflasi, kami menjangka OPR akan kekal tidak berubah pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam nota berasingan, Public Investment Bank berkata dengan subsidi masih berkuat kuasa, ia mengekalkan pandangan bahawa BNM dijangka akan mengekalkan pendirian tunggu dan lihat dengan mengekalkan OPR tidak berubah pada 2.75 peratus pada mesyuarat MPC pada Mei.
"Bagaimanapun, walaupun keputusan pada masa depan akan bergantung kepada data, kami melihat kemungkinan satu lagi kenaikan kadar 25 mata asas (bps) kepada 3.00 peratus pada separuh kedua 2023, dalam paras sebelum pandemik, tetapi ini bergantung kepada kemungkinan rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh kedua 2023," katanya.
Sementara itu, CGS-CIMB Securities turut mengekalkan prospeknya untuk unjuran OPR pada akhir 2023 sebanyak 3.25 peratus, dengan kadar kekal pada separuh pertama 2023 dan dua kenaikan 25bps pada separuh kedua 2023.
"Dari perspektif kami, BNM dijangka akan menaikkan kadar faedah pada separuh kedua 2023 berdasarkan beberapa faktor, termasuklah pembukaan semula China yang akhirnya membawa kepada pemulihan ekonominya dengan peningkatan yang kukuh untuk Indeks Pengurus Pembelian pada Februari, merujuk kepada kesan limpahan yang positif ke arah pertumbuhan global," katanya dalam Kemas Kini Ekonominya.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengekalkan jangkaannya BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25bps lagi seawal Mei, menjadikan kadar tersebut kepada 3.00 peratus pada akhir tahun.
"Menurut MPC, pendirian dasar monetari semasa kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"Bagaimanapun, jawatankuasa itu menyatakan bahawa ia akan terus berhati-hati mengenai faktor kos, termasuk yang wujud daripada perkembangan pasaran kewangan, yang boleh menjejaskan prospek inflasi," katanya dalam laporan Ekonominya.
Bagi Maybank Investment Bank (Maybank IB), katanya bank pusat memutuskan untuk kekal dalam sentimen "menghentikan seketika" berikutan Pernyataan Dasar Monetari (MPS) menunjukkan bahawa ia masih menilai impak daripada kenaikan OPR 100bps kumulatif pada tahun lepas berdasarkan impak daripada dasar monetari ke atas ekonomi 12-18 bulan selepas permulaan kitaran kenaikan OPR pada Mei 2022.
"MPS turut mengekalkan perkataan 'normalisasi', membayangkan menghentikan seketika pada masa ini tidak bermakna berakhirnya kitaran kenaikan OPR.
"Kami menjangka kenaikan 25bps lagi untuk membawa OPR kembali kepada paras sebelum COVID-19 pada 3.00 peratus, dengan tumpuan kepada tiga mesyuarat MPC yang akan datang pada 2-3 Mei, 5-6 Julai dan 6-7 Sept pada tahun ini.
"MPS menyatakan bahawa ia memantau faktor kos - termasuk yang wujud daripada perkembangan pasaran kewangan - yang boleh menjejaskan prospek inflasi," menurut Maybank IB dalam laporan Ekonominya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023

Firma penyelidikan melihat kemungkinan Bank Negara mengekalkan kadar OPR pada paras semasa untuk tempoh yang lebih lama. - Fail/BERNAMA

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

'Saya ambil dari orang kaya supaya yang miskin tidak terbeban' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendekatan itu terpaksa dibuat bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.

Ashmore puji BNM, cermat dan berpandangan jauh
Bank Negara Malaysia (BNM) diiktiraf sebagai antara insitiusi paling cermat dan berpandangan jauh.

OPR tidak pengaruh kadar inflasi secara langsung - Kajian The Future
Indikator-indikator lain seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran lebih memberi kesan kepada kadar inflasi.

OPR dijangka naik lagi separuh kedua 2023 - CGS-CIMB Research
CGS-CIMB Research mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.25% pada separuh kedua 2023.

Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.

Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM
Nor Shamsiah menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.

OPR naik, BNM perlu proaktif beri penjelasan - Shahril Hamdan
Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan untuk mengambil peranan lebih proaktif terutama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat terutama peminjam.

Pasaran perumahan stabil walaupun OPR meningkat - Juwai IQI
Juwai IQI percaya pasaran hartanah akan kekal teguh dengan peningkatan harga yang sederhana dan permintaan terus berkembang walaupun di sebalik kenaikan OPR oleh BNM baru-baru ini.

Bank Negara dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi 2023 - BMI
BNM akan mula menumpukan fokusnya untuk menyokong pertumbuhan pada bulan-bulan akan datang ketika inflasi negara terus menyederhana.