Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim mengakui pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi sebagai langkah berani Kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, perkara itu dimaklumkan dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru ini.
Menurut beliau, Muhammad berpendapat sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diperkenalkan, negara mungkin berdepan dengan nasib yang sama seperti negara Greece.
"Jadi pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, pagi ini.
Najib berkata sekiranya "ditarik atau ditolak" RM40 bilion daripada hasil negara setahun, ia akan memberi implikasi dan kesan kepada negara.
Muhammad dilantik sebagai Gabenor Bank Negara kelapan berkuatkuasa 1 Mei bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara selepas menerajui bank pusat itu selama 16 tahun.
Tambah beliau, pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan langkah memberi kelonggaran cukai termasuk pengecualian barangan GST 'zero-rated' adalah untuk melindungi rakyat daripada tekanan.
Perdana Menteri berkata ketika ekonomi dunia berdepan dengan kejatuhan harga minyak dan juga harga komoditi lain, kerajaan masih lagi mampu menjalankan dan melaksana pelbagai program untuk rakyat.
Ia termasuk kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji bermula 1 Julai bagi pengawai-pegawai perkhidmatan awam yang akan tetap dilaksanakan serta gaji minimum yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, beliau menggesa semua sektor termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk meningkatkan produktiviti masing-masing.
Tambahnya negara mencatatkan pencapaian 2.3 peratus untuk produktiviti negara ketika Rancangan Malaysia (RMK)ke-10.
Namun usaha perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan kadar itu di bawah RMK11.
Astro Awani
Mon May 09 2016
NAJIB: 'Pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita'. - Foto Bernama
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.
IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.
'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST, sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.
LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera.
Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng
Guan Eng berkata amat menghairankan apabila Najib sebelum ini tidak pernah merungut ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil dana tersebut untuk pembangunan negara.
Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM
Datuk Seri Subromaniam Tholasy menegaskan lebih banyak tindakan akan diambil susulan penipuan tersebut yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan.
Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017
Johari berkata GST dan pelan rasionalisasi subsidi penting untuk memastikan defisit fiskal negara mencapai sasaran 3.1 peratus bagi tahun ini.