KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan dalam menyumbang dan merealisasikan pembangunan Malaysia Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook malam ini, beliau berkata perkara itu diberi penekanan ketika mengadakan perbincangan dengan GLIC berhubung Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, petang tadi.
"Selaras dengan elemen mampan dalam pendekatan Madani, perbincangan merangkumi komitmen GLIC dan GLC untuk meningkatkan kemampanan industri sawit serta memacu tenaga boleh diperbaharui," katanya.
Menurut Perdana Menteri, Belanjawan 2023 yang akan dibentang hujung bulan ini memerlukan semua pihak berganding bahu dalam memacu pembaharuan ke arah Malaysia Madani.
Beliau berkata GLIC dan GLC mempunyai peranan khusus menyokong agenda pembangunan negara, terutamanya dalam memangkin pelaburan bagi sektor pertumbuhan baharu, menyokong pembangunan modal insan terutamanya penggajian siswazah baharu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.
"Saya juga mengarahkan GLIC dan GLC, sebagai majikan dan perniagaan yang bertanggungjawab, untuk memastikan penyediaan pekerjaan yang bermaruah, pembangunan vendor dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan serta menyumbang kepada program kemasyarakatan, terutamanya program pembasmian kemiskinan.
"Ini adalah selaras dengan elemen ihsan dalam pendekatan Madani," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini. - Gambar fail

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.

Lagu Malaysia Madani dinyanyikan Bunkface untuk kali pertama
Lagu berdurasi sekitar 2 minit itu dinyanyikan di hadapan ribuan peserta dalam kalangan belia yang menyertai dialog tersebut.

PRN: PH tumpu rampas Kedah, yakin kekalkan tiga negeri
Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada Kedah dalam usaha merampas negeri itu yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selepas empat bulan di kementerian, Fadhlina minta untuk 'merengek'
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula menggunakan pentas parti bagi meluahkan 'perasaannya'.

Anggota PKR perlu perkukuh parti bagi hadapi cabaran besar - Saifuddin
PKR sebagai parti yang memimpin Kerajaan Perpaduan, juga perlu insaf dengan amanah besar yang diberikan Allah SWT dalam menerajui negara.

Islamofobia dan keganasan mesti ditolak - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak.

UMNO tidak pernah kompromi soal agama, bangsa - Ahmad Zahid
Tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu berkaitan sentimen agama dan bangsa disifatkan helah bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada perkara lain yang lebih penting.

Pemilihan UMNO: "Kalau saya memihak, baik saya menangkan anak saya" - Ahmad Zahid
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri itu menambah, beliau tidak mahu wujud kabilah-kabilah di dalam UMNO.

Hujan lebat tidak halang 15,000 umat Islam munajat bersama PM Anwar
Hujan lebat tidak melunturkan semangat lebih 15,000 umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Malaysia Madani: Pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan - PM Anwar
Mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.