awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga kenderaan Honda naik hingga 3 peratus mulai tahun depan

Najib Aroff
Najib Aroff
19/10/2015
07:54 MYT
Harga kenderaan Honda naik hingga 3 peratus mulai tahun depan
Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. -Gambar fail
Honda Malaysia mengesahkan peningkatan harga kenderaannya di antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit telah melonjakkan kos pengeluarannya.
"Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. Ia meskipun usaha kami mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk berdepan kelemahan ringgit," kata ketua pegawai eksekutifnya Yoichiro Ueno.
Beliau berkata syarikat akan terus menganalisis kesan kelemahan ringgit terhadap kos syarikat dan senarai harga baharu akan dikeluarkan Disember 2015.
Menurutnya sejak pengenalan model pada harga sedia ada, nilai ringgit telah susut 20 ke 30 peratus.
Meskipun komponen sudah dibeli lebih awal, namun komponen bagi pengeluaran Januari dibeli pada ketika nilai ringgit lemah ketika ini.
Justeru separuh daripada kos tersebut terpaksa disalurkan kepada harga akhir produk.
Tambahnya, pasaran automotif berdepan ketidaktentuan nilai mata wang susulan komponen yang diimport.
Syarikat berkata sekiranya ringgit kembali mengukuh, Honda Malaysia akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan.
Topic Berkaitan
#honda malaysia
#kelemahan ringgit
#kenderaan
#kos import
#naik harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan