KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan IHP keseluruhan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam indeks Pengangkutan (-5.1 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (-0.7 peratus); Pakaian dan Kasut (-0.4 peratus) dan Restoran dan Hotel (- 0.1 peratus) yang menyumbang 44.5 peratus kepada keseluruhan wajaran.
"Daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 340 item menunjukkan peningkatan pada Januari 2021 berbanding Januari 2020 sementara 138 item mencatatkan penurunan dan 74 item tidak berubah.
Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 208 item sementara harga untuk 71 item menurun dan 17 item tidak berubah.
Selain itu, Pelbagai Barangan & Perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 1.8 peratus dan diikuti Minuman Alkohol dan Tembakau (0.7 peratus); Kesihatan (0.7 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraaan Isi Rumah (0.2 peratus) dan Pendidikan (0.2 peratus).
"IHP tanpa bahan api meningkat 0.5 peratus pada Januari 2021 kepada 113.6 berbanding 112.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel," jelas beliau.
Purata harga RON95 menunjukkan penurunan pada Januari 2021 iaitu RM1.87 per liter berbanding RM2.08 pada Januari 2020.
Di samping itu, purata harga RON97 menurun kepada RM2.17 per liter berbanding RM2.58 manakala purata harga diesel susut kepada RM2.04 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya
Indeks teras meningkat 0.7 peratus pada Januari 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.
Walaupun perubahan IHP tahunan menurun, perubahan IHP bulanan meningkat 1.2 peratus berbanding Disember 2020.
Menurut Jabatan Perangkaan, lima negeri iaitu Terengganu (0.3 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.2 peratus), Kelantan (0.2 peratus), Kuala Lumpur (0.1 peratus) dan Pahang (0.1 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional -0.2 peratus pada Januari 2021 berbanding Januari 2020.
Kesemua negeri kecuali Sabah dan Labuan mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Indeks Harga Pengguna Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks Harga Pengguna rekod peningkatan perlahan 1.5 peratus
Indeks Harga Pengguna (IHP) terus merekod peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus pada November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 129.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi April perlahan pada 3.3 peratus
Kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).
Harga makanan siap dimasak catat penurunan pada Feb, harga sayur meningkat - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan harga makanan siap dimasak di kedai atau restoran telah mencatatkan penurunan bagi bulan Februari tahun ini.
Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Feb 2023 - Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS meskipun data IHP AS lemah
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.3570/3620 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.3455/3495.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
Pelbagai faktor pengaruhi kadar inflasi 2022, diunjur menyederhana sekitar 2.1-2.5%
IHP yang mengukur inflasi utama, mencatat peningkatan 3.3% kepada 124.0 pada November 2021, daripada 120.0 setahun lalu.
Indeks Harga Pengguna meningkat 2.9 peratus - Mohd Uzir
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, peningkatan itu dipacu sektor pengangkutan yang tumbuh 11.3 peratus.
Inflasi kekal positif lima bulan berturut-turut, meningkat 3.4% pada Jun
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan penanda aras kepada inflasi negara menunjukkan peningkatan 3.4% pada bulan Jun 2021