KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.
Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lepas.
Dalam memberikan penilaian terhadap prospek pertumbuhan Malaysia, IMF menyatakan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini dan sekatan pergerakan yang terhad juga akan menyokong pengembangan ekonomi.
Namun begitu, agensi yang berpangkalan di Washington itu mengakui bahawa terdapat risiko penurunan yang besar, termasuk daripada pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine, kesukaran serupa yang dihadapi oleh kedua-dua negara maju dan membangun di seluruh dunia.
"Pertumbuhan Malaysia diunjurkan kukuh dalam jangka sederhana walaupun risiko kesan ekonomi jangka panjang adalah nyata," kata Lembaga Eksekutif IMF dalam kesimpulannya susulan perundingannya dengan pegawai Malaysia dalam laporan penilaian yang dikeluarkan April lalu.
IMF turut mengalu-alukan pendirian dasar monetari Malaysia yang akomodatif, kerana jangkaan inflasi diterajui dengan baik.
Justeru, IMF maklum dengan komitmen Malaysia terhadap fleksibiliti kadar pertukaran sambil menyatakan ia akan terus membantu negara dengan baik.
Ini diperkukuh lagi minggu lepas apabila Bank Negara Malaysia mengesahkan kedudukannya bahawa ia tidak akan menambat ringgit walaupun mata wang itu lemah.
Ini ialah kerana sektor perbankan masih mempunyai permodalan yang baik dan sangat cair, disokong oleh kualiti aset yang kukuh.
IMF juga berkata bahawa sektor kewangan Malaysia "kekal berdaya tahan," dan ia digalakkan oleh pembaharuan sektor kewangan yang tertumpu pada keterangkuman, transformasi ekonomi dan ekonomi yang mampan.
Ini jelas mencerminkan konsep Keluarga Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi tumpuan kepada keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang bertujuan untuk membawa rakyat bersama dalam membantu negara pulih daripada pandemik COVID-19 yang melemahkan.
IMF yang mempunyai 190 negara anggota turut memuji pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 kerana ia memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti buruh/guna tenaga, meningkatkan ekonomi digital dan hijau serta mengukuhkan tadbir urus fiskal.
"Ini akan membantu meminimumkan kesan ekonomi berkaitan pandemik sambil menggalakkan pertumbuhan inklusif dan penghasilan pekerjaan," kata IMF.
IMF turut mengambil kira penilaian yang kedudukan luar Malaysia adalah sederhana lebih kukuh daripada yang dibenarkan oleh asas ekonomi dan dasar yang diingini.
IMF juga menyarankan dasar untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk menyokong pemulihan inklusif dan memudahkan pengimbangan semula luaran yang telah dilakukan Malaysia melalui peruntukan berkaitan COVID yang mencecah berbilion ringgit.
Melihat kembali pada tahun 2021, IMF berkata tindak balas dasar pandemik yang pantas, besar dan pelbagai serampang menyokong ekonomi.
Jumlah perbelanjaan belanjawan/peruntukan berkaitan COVID bernilai sehingga RM39 bilion (kira-kira 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021, lebih dua kali ganda daripada belanjawan awal RM17 bilion, dan melebihi RM38 bilion yang dibelanjakan pada 2020.
Sehubungan itu, defisit kerajaan persekutuan mencapai kira-kira 6.5 peratus daripada KDNK pada 2021, lebih tinggi daripada kira-kira 5.5 defisit yang diramalkan dalam Bajet 2021.
Hutang kerajaan persekutuan dianggarkan pada 63 peratus daripada KDNK, di bawah siling hutang domestik sebanyak 65 peratus, katanya.
Ditubuhkan pada Julai 1944 selepas Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat, IMF berusaha untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan untuk semua 190 negara anggotanya.
Ia berbuat demikian dengan menyokong dasar ekonomi yang menggalakkan kestabilan kewangan dan kerjasama monetari, yang penting untuk meningkatkan produktiviti, penciptaan pekerjaan dan kesejahteraan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
IMF menyatakan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini dan sekatan pergerakan yang terhad juga akan menyokong pengembangan ekonomi. - REUTERS
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
AWANI Tonight: 10 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
AWANI Ringkas: PRN Sabah | Telekomunikasi | SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
AWANI 7:45 [10/05/2024] - Perubahan pendekatan pendidikan | Kajian Ilham Centre | Kelancaran operasi
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA.
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Bantuan tunai tidak selesaikan isu bantut - CEO Arba Foundation
Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan berkata bantuan tunai yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dilihat tidak berjaya menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak. Jelasnya, ibu bapa tidak melihat aspek makanan berkualiti sebagai lebih penting berbanding kos-kos asasi hidup yang lain seperti bil air dan elektrik. #DialogPoketRakyat
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.