BANGI:Kerajaan dijangka menerima keuntungan levi luar biasa atau 'durian runtuh’ (windfall tax) sekitar RM348 juta daripada industri kelapa sawit sekiranya harga minyak kelapa sawit (MSM) kekal melebihi paras RM3,000 sehingga tahun hadapan, seperti yang direkodkan sejak Jun tahun ini.
Pengerusi Lembaga Minyak Kelapa Sawit (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sekiranya paras harga MSM di antara RM3,000 hingga RM3,500, tidak mustahil levi yang bakal diterima mampu mencecah hingga RM500 juta.
Namun, jelas Ahli Parlimen Machang itu lagi, beberapa faktor perlu diambil kira untuk mencapai kadar kutipan tersebut termasuk pengeluaran, permintaan serta keadaan cuaca yang baik dalam tempoh yang ditetapkan.
“Jangkaan windfall tax RM385 juta ini pun kerana peningkatan harga MSM yang bermula pada Jun tahun ini. Dalam kegawatan ekonomi, industri sawit dapat terus membantu kerajaan (untuk menambah pendapatan negara). Jadi amat penting untuk industri sawit terus diberi perhatian semua pihak,” katanya lagi.
BACA: Hubungan baik Malaysia dengan negara luar bantu tingkatkan prestasi harga minyak sawit mentah - Ahmad Jazlan
Pada 2019, jumlah levi durian runtuh yang diterima dari sektor berkenaan hanyalah sekitar RM256,000 sahaja.
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, eksport minyak sawit Malaysia telah meningkat kepada 1.67 juta tan pada bulan Oktober 2020, berbanding 1.61 juta tan pada September 2020, peningkatan sebanyak 3.8 peratus.
Beliau berkata, peningkatan eksport komoditi berkenaan adalah kesan peningkatan permintaan dari India, Nigeria, Ghana, Iran, Pakistan dan Jepun.
“India mengimport sebanyak 423,763 tan minyak sawit pada Oktober 2020, berbanding 374,553 tan pada bulan sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 13.1 peratus.
“Peningkatan import minyak sawit dari india didorong oleh permintaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan tempatan, dan meningkatkan stok dalam negara sebagai persediaan menyambut Deepavali pada bulan November,” katanya lagi.
Ahmad Jazlan berkata, faktor lain yang turut mempengaruhi kenaikan komoditi berkenaan ialah pengeluaran minyak sawit yang rendah, serta peningkatan harga minyak pesaing seperti harga minyak kacang soya (SBO).
“Harga MSM dan harga (SBO) bergerak seiringan di pasaran. Peningkatan harga SBO akan mempengaruhi peningkatan MSM dan begitulah sebaliknya.
“Harga purata SBO telah meningkat kepada USD782 setan pada tempoh Januari – Oktober 2020, berbanding USD756 setan pada tempoh yang sama untuk 2019. Peningkatan harga SBO adalah kesan musim kemarau (El Nino) yang melanda negara pengeluar komoditi berkenaan,” katanya lagi.
Selain itu, Ahmad Jazlan berkata, eksport minyak sawit Malaysia ke China turut meningkat sebanyak 20.5 peratus bagi tempoh antara Januari hingga Oktober tahun ini, kepada 2.28 juta tan, dengan nilai anggaran RM5.97 bilion, berbanding 1.89 juta tan (RM3.90 bilion) bagi tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya.
“China akan terus mengimport minyak sawit untuk permintaan domestik dan memenuhi pengeluaran produk hiliran untuk tujuan eksport.
“Di samping itu, perjanjian antara Malaysia dan China untuk meningkatkan pengimportan minyak sawit Malaysia ke China sebanyak 1.7 juta tan bermula tahun 2020 hingga 2023, juga akan membantu mengukuhkan harga pasaram minyak sawit Malaysia,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 30 2020

Pada 2019, jumlah levi durian runtuh yang diterima dari sektor berkenaan hanyalah sekitar RM256,000 sahaja. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Gelombang kepulangan perantau punca kes meningkat | Peralihan Kuasa AS: Trump enggan hadir

Bekalan elektrik di dua daerah di sempadan Sarawak pulih
Bekalan elektrik ke daerah Bau selain Semantan, bandar Lundu dan Telol Melano di daerah Lundu, berjaya dipulihkan pada 6.37 pagi tadi.

Banjir Sarawak | Jumlah mangsa banjir di PPS ke 4,247
Hampir 200 mangsa banjir Sabah masih berada di lima Pusat Pemindahan Sementara, PPS setakat jam 8 pagi tadi. Kita bersama wakil Astro AWANI di Sabah Ruzaini Zulkepli untuk perkembangan lanjut.

COVID-19 | Amalan terbaik kuarantin kendiri
Peningkatan kes COVID-19 di negara ini kini terus kekal kepada empat digit dan pada Jumaat angka yang dicatatkan di negara kita melepasi 3,200 kes. Sudah semestinya dengan peningkatan kes ini, ia akan beri impak kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara kita. Dengan kes kebolehjangkitan melebihi 30 ribu, beberapa pusat kuarantin dan pusat rawatan dibuka termasuk di MAEPS Serdang dan beberapa lagi di seluruh negara bagi menempatkan pesakit mahupun mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19. Untuk itu kita akan bersama Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia.

COVID-19 | Persediaan NADMA sedia pusat kuarantin
Jangkitan kes harian COVID-19 mencatatkan peningkatan hari demi hari dan semalam sahaja Malaysia merekodkan sebanyak 3,211 kes positif. Trend peningkatan itu sedikit sebanyak melumpuhkan sektor kesihatan negara khususnya dalam aspek penyediaan fasiliti kesihatan seperti pusat kuarantin. Bagi memperincikan perkara ini, bersama kita menerusi Skype, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Hussein Omar Khan dalam melengkapkan kemudahan kesihatan jika kes harian terus meningkat.

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini
Kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius.

PKP | Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan
Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan Peningkatan kes secara mendadak COVID-19 dekat Kelantan dipercayai disebabkan gelombang kepulangan perantau baru-baru ini. Perkara ini diakui oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berdasarkan pemerhatian pihaknya dan Data Jabatan Kesihatan Kelantan.

PKP | 19 sekatan jalan raya di Kelantan
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, pihaknya ,melakukan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 sempadan antara jajahan.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS mula berkurangan
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa menurun kepada 3,780 orang berbanding 4,247 mangsa jam 8 pagi tadi.

Kerajaan PN masih sah, akan terus tunaikan tanggungjawab - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.

PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menjelaskan kerajaan PN kini sudah boleh dianggap tumbang.

Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.

UMNO berdepan jalan mati, perlu buat pilihan, tidak mampu bersendirian - Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan menggesa UMNO membuat pilihan jalan yang perlu dilalui demi meletakkan kembali parti terbesar orang Melayu itu di atas.

"Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan" - Faizal Azumu
"Jika saya seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang membuli parti UMNO, perkara yang berlaku kepada saya itu tidak akan berlaku." - Ahmad Faizal

Pas tidak kecil hati dengan UMNO, teruskan usaha penyatuan
Pas sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO.

Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit
Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.

Industri sawit mampu sumbang cukai luar biasa sehingga RM500 juta pada 2021 - Ahmad Jazlan
Pada 2019, jumlah levi durian runtuh yang diterima dari sektor berkenaan hanyalah sekitar RM256,000 sahaja.

Hubungan baik Malaysia dengan negara luar bantu tingkatkan prestasi harga minyak sawit mentah - Ahmad Jazlan
Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein telah memastikan hubungan diplomatik Malaysia-India terus di tahap terbaik, kata Ahmad Jazlan.

Sisa klinikal, judi tidak berlesen antara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengemukakan soalan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air sama ada kementerian bercadang mewujudkan tempat pembuangan sisa klinikal khas di setiap negeri.